Monday, October 14, 2013

PUASA ARAFAH

Assalamualaikum again dedeaarrr ... 

Sebelum aku off lappy tadi, baru aku ingat, esok adalah Hari Arafah iaitu bagi umat Islam yang tidak mengerjakan wukuf di Arafah disunatkan untuk berpuasa ... Ia adalah Sunat Muakkad  iaitu sunat yang sangat dianjurkan ... 

Kelebihan berpuasa pada hari Arafah adalah, pertamanya, dosa akan terhapus selama dua tahun bermaksud satu tahun sebelumnya dan satu tahun ke depan ... Keduanya, pembebasan daripada api neraka ... Yakni kerana terampunnya dosa selama dua tahun melalui Puasa Arafah ... Dan ketiganya, doa orang yang berpuasa Arafah akan dimakbulkan Allah swt ... 

Sedikit perkongsian aku dengan u olls semua ... Selamat berpuasa dan selamat menunaikan wukuf di Arafah buat semua umat Islam ... 

"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala" 

Aminn

^___^ 

No comments:

Post a Comment

In syaa Allah... komen anda sangat bermakna.. :)