Friday, April 29, 2016

SOK SEK

'Cepatlah p update entri, satgi tidoq lambat, esok dahla kerja, bla bla bla bla bla', leter si tunang.

Spoil taw, time nak anje-anje tuh, dia suruh letak phone and update entri. Yala, sendiri yang cakap nak blogging kejap lagi, terus dia tak nak cakap lama-lama lagi. Huhuhu. Mata masih segar, hairan. Pelik. Tiada rasa kantuk menyinggah di pelupuk mata. Jangan esok kepala hempap ke meja kerana mata berat tak mampu dibuka.

Assalamuaikum. Kedengaran bunyi guruh di luar. Harapnya basah bumi sekejap lagi. Baru nanti lena nyenyak diulit mimpi dalam dingin malam yang sunyi. Sunyi? Ouh tidak bagi tempat di mana aku berpijak sekarang, memandangkan suasana hiruk pikuk seperti jam 8 masih kedengaran walau jam sudah menunjukkan 12.30 pagi. Sudah menjadi kebiasaan kami yang menetap di sini, bunyi bising yang kedengaran tidak akan pernah jejaskan mimpi kami. Aiseh!

 Aneh, jariku pantas menaip, tapi apa yang aku taip? Entri ini nak katakan pasal apa? Hahaha, otakku jem, ligat mencari idea. Takkan aku nak bercakap pasal kerja lagi. Itu dah jd norma kehidupan. Tak ada kerja yang senang. Belajar pon susah, kan? So kerja or belajar, asing-masing ada waktu susahnya, Tapi you will be paid off in future. Meaning to say, you manage to success with flying colours, or you manage to perform well on work. Kerja tetap kerja. Kerja takkan pernah habis. So kuatkan laaa hati nih seadanya yang boleh.

________________________________________________________________________________

I got to go. Tetiba mata mengantuk tahap apa dah

Wednesday, April 20, 2016

KERJA

Semangat cepat-cepat makan, cepat-cepat mandi sebab nak tengok hero pujaan dalam drama Jasmine, alih-alih kecewa sebab ada bola kat TV3, Liga Super Pulau Pinang vs Selangor. Live pulak tuh. Takpa lah, layan ja lah. Pukol 10.30 nanti kita tukar channel pulak, tengok Finale Kilauan Emas Otai. Gigih kan semua program tv hafal. Hahaha.

Assalamualaikum.

Rutin setiap hari sama, bangun pagi kemas mana yang sempat buat breakfast pon kalau sempat, mandi dan siap-siap pergi kerja. Habis kerja pukul 5.30, tapi seringkali lewat dari jam tuh sebab siapkan kerja ataupon melagha. Hehehe. Isnin - Jumaat, kekadang membawa sampai hari Sabtu memandangkan kena OT untuk siapkan kerja urgent. Hurm. Letih, even bekerja dalam bilik yang didinginkan dengan dua biji pendingin hawa. Letih mata mengadap PC, letik otak berfikir, letih jugak fizikal bila ada masa-masa yang perlu berkejar sana dan sini. Itu baru working in a small audit firm. Blurghhh.

Bukan tidak bersyukur memiliki kerjaya. Walau tak setimpal dengan cert yang aku ada, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku punya peluang untuk menimba pengalaman juga ilmu untuk masa depan nanti. Sekurang-kurangnya jugak, aku bertuah sebab tak menganggur terlalu lama. Alhamdulillah. Seronok kerja tapi letih jugak, kalau kena kerja yang urgent sampai malam baru jejakkan kaki kat rumah, itu jadi tak seronok. Rest taak cukup, badan dan otak letih. Tapi tetap kena kuat. Kuatkan diri demi mencari rezeki.

Bekerja di audit firm, buatkan aku kadang-kadang rasa give up jugak. Job banyak, boss ligan due date, boss ligan payment. Kadang-kadang rasa tak tercekau. Memang bukan aku saja staff yang ada, ramai lagi. Tapi masing-masing sibuk, sibuk dengan kerja masing-masing. Ada juga yang nak kena melayan client yang suam-suam kuku, client yang cepat hangin dan ada jugak client yang tak paham tapi buat macam paham. Hahaha. Lagi susah deal oke. =(

Tapi apa boleh buat, tetap kena tempuh, tetap kena tahan maki kalau apa-apa tak elok terjadi. Kita chill kita relax kita keep smiling. In syaa Allah Allah akan tolong. Client nih manusia, kadang-kadang lupa yang manusia lain pon ada hati dan perasaan. Kenapa tak saling bekerjasama? Since kita sama-sama nak memudahkan kerja, why must you or they or us make it complicated?. Never mind, yakin kita boleh buat, yakin kita tak salah nak tanya pa yang kita tak clear.

For you dearie sis, please be strong. I know you can. I am here for you if you need me. But please relax and chill the moment. Ingat tak satu pepatah, bemudik ke hulu, berenang ke tepian, bersusah dahulu bersenang kemudian. Mungkin ini didahulukan, bersusah payah bergelut menyiapkan kerja. Mungkin lepas nih, you manage to success better. Only He know. We plan, He decide.

I have to go, Pen Off!

Tuesday, April 19, 2016

LENS MANA LENS

Masuk bilik jam 10 tadi. Tapi entri tak taip dari tadi. Dok karok sensorang. Hilangkan stress dan penat kepala otak + badan. Alih-alih sakit tekak pulak sekarang sebab dok tarik kaw2 lagu Sudah Ku Tahu yang dok femes sekarang nih. Kat apps Smule kat radio kat merata. Aku mula tuh tak la minat sangat, si adik-adik kat opis nuh rajin sangat on lagu tuh. Try test suara la tadi. Tak menjadi. Terus send kat adik-adik kesayangans tuh, hambek kau kakak dah rosakkan lagu feberet u olls. Heh.

Assalamualaikum. Salam Isnin malam Selasa. Alhamdulillah sehari dua nih Sungai Dua dan kawasan sewaktu dengannya dibasahi hujan. Allah dengar doa kita semua, syukur. Apa pon, still panas lagi. Kipas stand ku tekan punat nombor 3 dan halaan hanya direct ke muka. Dingin sebentar. Mintaknya hujan lagi tengah malam nih, yakni tidur malamku nanti bakal nyenyak senyenyaknya tanpa berkutik buang sedikit pon. Aiseh.

Entri yang sepatutnya entri happy + (apa tah aku nak sambung tadi, abah kol sampai lupa dah). Ouh sepatutnya entri nih entri happy entri suka entri gembira tapi bertukar. Sebabnya gambar-gambar belum transfer masuk lappy and ada lagi benda lain yang aku nak share dengan u olls. Pasal lens. Ya lens or in Bahasa, kanta lekap. Betol kan? Betolkan aku kalau salah. Nak cerita nih pasal contact lens. Kecewa, hampa, sedih berkenaan contact lens. Ada dua jenis lens, colourless and colour. First time dulu aku pakai colour, colour purple kalau tak salah aku, ya rabbi punya la susah payah nak pakai sampai mintak housemate pakaikan n it took almost 1 1/2 hour to make those lens got into my eyes. Hahaha. Memori sangat kalau fikir balek. Mata tak nak buka, mata asyik nak berkelip. Habis macam mana lens nak masuk.

Then stop, sampai habis degree tak pakai lens. Lens yang aku cerita tadi pakai hari tuh ja, then tak pakai sampai expired. Rugi kan. Huhu. Sampai master sampai habis master tak pernah cuba pakai lens jugak walaupun teringin sangat nak pakai lens time tuh. Lagipon zaman study kan, expenses memang catu habis habisan. Tambah pulak study Shah Alam masa master tuh. Kos hidup agak tinggi. So, takla berniat pon nak keluar duit untuk beli lens. Even bukan beratus pon nak beli. Hakak memang berjimat dek non masa tuh, tapi overspent jugak sebab makan ja. Haih la kenangan.

Habis master, bertunang. Tahun lepas bulan 3. Takkan nak jadi speky masa bertunang kan. Aku gigih la pergi beli lens, color pink lagi, ikot tema baju and pelamin. Belajar pakai lens dengan mak nya kedai spek tuh pon dekat 2 jam lebih. Lens tak nak masuk mata. Sampai merah mata sebab dok kena solution banyak. Lens tetap tak nak masuk. Mana nak masuk kalau mata tuh asyik berkelip n takut. Hahaha. Tapi last-last tuh masuk jugak la dengan jayanya. Masa hari bertunang tuh, awal lagi dah pakai lens sebab takut nanti drag masa yang lama nak bersiap. Alhamdulillah time tuh senang ja masuk. Allah permudah. Hee.

Lepas bertunang, konvo. Beli pulak lens color orange. Pandai dah pakai tak payah ada orang tak payah terlalu gigih. Senang ja masuk. Bangga la masa tuh. Hahaha. Raya pulak pakai lens color biru. Memang dah semakin menonjol ketereran aku masa tuh. Then masa dapat kerja still pakai lens biru utuh, sampai one time tuh aku rasa aku nak try colourless pulak. Sebabnya colourless lebih murah nak dibandingkan dengan lens color. Aku dapat beli yang 3 pasang untuk 3 bulan. Sebulan sepasang. Nak dipendekkan cerita, tak sampai 2 bulan, lens sekarang cuma tinggal satu. bukan satu pasang tapi satu which mean sebelah saja. Sobsobsob.

Hakak sedih taw. Hakak tak ada luck sangat dengan lens colourless. Power memangla tinggi jugak, Lebih kurang 450 both. And major reason why I said I have no luck with colourless lens sebabnya lens tuh suka buat perangai tak nak masuk dalam mata, It took several times cubaan baru nak masuk. Plus, aku tak boleh beza belah yang nampak and kurang nampak. Haish. Bila pakai mesti kena buang balik sebab rasa kabur sebelah. Plus lagi lens nih suka jatuh, and aku dah tak nampak kat mana dia jatuh since dia colourless. Sedih taw. Hakak sedih. Hakak depressed. As the result tadi jadi speky la pergi kerja. Best part, ada mak nya mana entah masuk satu lif tadi tanya, student ka? Ada kursus ka nih? Oh my, I was treated like a student. Am already 27. Huhuhuhu.

Sepanjang panjang huraian di atas, handak aku tegaskan di sini, anda anda yang power tinggi macam aku belilah lens color sebab even merenung nak make sure pakai terbalik or tak tapi sebab dia berwarna kita mampu beza tapi kalau dah colourless, bit hard to recognize. Apa pon atas keselesaan dan kemampuan dan pembawakan imej anda, rasa nak lawa lebih pakai la lens color, kalau nak humble ja, colourless ja. Hehe. Up to you. It's your choice.

Tapi. Nak jugak bagitahu, pemakaian lens nih tahap disiplin kena tinggi. Tangan kena bersih sebelum nak pegang lens. Pastikan bekas lens pon bersih. Solution pon elok. And beli dari optician seharusnya sebab kita tahu item tuh mesti A, cuma maybe mahal murah atas sebab branding. Jangan terlalu lama pakai lens takut mata ter apa-apa. Jangan tidur dalam keadaan lens ada dalam mata, so bahaya. Kalau tidur-tidur ayam it is okay. Tapi kalau nak tidur 3 4 jam, better remove them from your eyes dan tak perlu risau nak terlajak tidur lama mana pon.

Okay, rasa dah boleh pen off. Sebab dah lewat pon malam yang panas nih. Mohon Allah basahkan lagi bumi ini. Supaya malam nih dingin sedingin hawa di kaki Gunung Kinabalu. Ah rindu. Rindu Sabah. Ouh, next entri okay guys. Banyak lagi nak cerita. Got to go.

Assalamualaikum =)