Tuesday, April 19, 2016

LENS MANA LENS

Masuk bilik jam 10 tadi. Tapi entri tak taip dari tadi. Dok karok sensorang. Hilangkan stress dan penat kepala otak + badan. Alih-alih sakit tekak pulak sekarang sebab dok tarik kaw2 lagu Sudah Ku Tahu yang dok femes sekarang nih. Kat apps Smule kat radio kat merata. Aku mula tuh tak la minat sangat, si adik-adik kat opis nuh rajin sangat on lagu tuh. Try test suara la tadi. Tak menjadi. Terus send kat adik-adik kesayangans tuh, hambek kau kakak dah rosakkan lagu feberet u olls. Heh.

Assalamualaikum. Salam Isnin malam Selasa. Alhamdulillah sehari dua nih Sungai Dua dan kawasan sewaktu dengannya dibasahi hujan. Allah dengar doa kita semua, syukur. Apa pon, still panas lagi. Kipas stand ku tekan punat nombor 3 dan halaan hanya direct ke muka. Dingin sebentar. Mintaknya hujan lagi tengah malam nih, yakni tidur malamku nanti bakal nyenyak senyenyaknya tanpa berkutik buang sedikit pon. Aiseh.

Entri yang sepatutnya entri happy + (apa tah aku nak sambung tadi, abah kol sampai lupa dah). Ouh sepatutnya entri nih entri happy entri suka entri gembira tapi bertukar. Sebabnya gambar-gambar belum transfer masuk lappy and ada lagi benda lain yang aku nak share dengan u olls. Pasal lens. Ya lens or in Bahasa, kanta lekap. Betol kan? Betolkan aku kalau salah. Nak cerita nih pasal contact lens. Kecewa, hampa, sedih berkenaan contact lens. Ada dua jenis lens, colourless and colour. First time dulu aku pakai colour, colour purple kalau tak salah aku, ya rabbi punya la susah payah nak pakai sampai mintak housemate pakaikan n it took almost 1 1/2 hour to make those lens got into my eyes. Hahaha. Memori sangat kalau fikir balek. Mata tak nak buka, mata asyik nak berkelip. Habis macam mana lens nak masuk.

Then stop, sampai habis degree tak pakai lens. Lens yang aku cerita tadi pakai hari tuh ja, then tak pakai sampai expired. Rugi kan. Huhu. Sampai master sampai habis master tak pernah cuba pakai lens jugak walaupun teringin sangat nak pakai lens time tuh. Lagipon zaman study kan, expenses memang catu habis habisan. Tambah pulak study Shah Alam masa master tuh. Kos hidup agak tinggi. So, takla berniat pon nak keluar duit untuk beli lens. Even bukan beratus pon nak beli. Hakak memang berjimat dek non masa tuh, tapi overspent jugak sebab makan ja. Haih la kenangan.

Habis master, bertunang. Tahun lepas bulan 3. Takkan nak jadi speky masa bertunang kan. Aku gigih la pergi beli lens, color pink lagi, ikot tema baju and pelamin. Belajar pakai lens dengan mak nya kedai spek tuh pon dekat 2 jam lebih. Lens tak nak masuk mata. Sampai merah mata sebab dok kena solution banyak. Lens tetap tak nak masuk. Mana nak masuk kalau mata tuh asyik berkelip n takut. Hahaha. Tapi last-last tuh masuk jugak la dengan jayanya. Masa hari bertunang tuh, awal lagi dah pakai lens sebab takut nanti drag masa yang lama nak bersiap. Alhamdulillah time tuh senang ja masuk. Allah permudah. Hee.

Lepas bertunang, konvo. Beli pulak lens color orange. Pandai dah pakai tak payah ada orang tak payah terlalu gigih. Senang ja masuk. Bangga la masa tuh. Hahaha. Raya pulak pakai lens color biru. Memang dah semakin menonjol ketereran aku masa tuh. Then masa dapat kerja still pakai lens biru utuh, sampai one time tuh aku rasa aku nak try colourless pulak. Sebabnya colourless lebih murah nak dibandingkan dengan lens color. Aku dapat beli yang 3 pasang untuk 3 bulan. Sebulan sepasang. Nak dipendekkan cerita, tak sampai 2 bulan, lens sekarang cuma tinggal satu. bukan satu pasang tapi satu which mean sebelah saja. Sobsobsob.

Hakak sedih taw. Hakak tak ada luck sangat dengan lens colourless. Power memangla tinggi jugak, Lebih kurang 450 both. And major reason why I said I have no luck with colourless lens sebabnya lens tuh suka buat perangai tak nak masuk dalam mata, It took several times cubaan baru nak masuk. Plus, aku tak boleh beza belah yang nampak and kurang nampak. Haish. Bila pakai mesti kena buang balik sebab rasa kabur sebelah. Plus lagi lens nih suka jatuh, and aku dah tak nampak kat mana dia jatuh since dia colourless. Sedih taw. Hakak sedih. Hakak depressed. As the result tadi jadi speky la pergi kerja. Best part, ada mak nya mana entah masuk satu lif tadi tanya, student ka? Ada kursus ka nih? Oh my, I was treated like a student. Am already 27. Huhuhuhu.

Sepanjang panjang huraian di atas, handak aku tegaskan di sini, anda anda yang power tinggi macam aku belilah lens color sebab even merenung nak make sure pakai terbalik or tak tapi sebab dia berwarna kita mampu beza tapi kalau dah colourless, bit hard to recognize. Apa pon atas keselesaan dan kemampuan dan pembawakan imej anda, rasa nak lawa lebih pakai la lens color, kalau nak humble ja, colourless ja. Hehe. Up to you. It's your choice.

Tapi. Nak jugak bagitahu, pemakaian lens nih tahap disiplin kena tinggi. Tangan kena bersih sebelum nak pegang lens. Pastikan bekas lens pon bersih. Solution pon elok. And beli dari optician seharusnya sebab kita tahu item tuh mesti A, cuma maybe mahal murah atas sebab branding. Jangan terlalu lama pakai lens takut mata ter apa-apa. Jangan tidur dalam keadaan lens ada dalam mata, so bahaya. Kalau tidur-tidur ayam it is okay. Tapi kalau nak tidur 3 4 jam, better remove them from your eyes dan tak perlu risau nak terlajak tidur lama mana pon.

Okay, rasa dah boleh pen off. Sebab dah lewat pon malam yang panas nih. Mohon Allah basahkan lagi bumi ini. Supaya malam nih dingin sedingin hawa di kaki Gunung Kinabalu. Ah rindu. Rindu Sabah. Ouh, next entri okay guys. Banyak lagi nak cerita. Got to go.

Assalamualaikum =)


No comments:

Post a Comment

In syaa Allah... komen anda sangat bermakna.. :)