Sunday, March 13, 2016

SAKIT ITU KIFARAH DOSA

Waima menampal koolfever di dahiku yang seluas padang bola, wifi yes ku on. Lampu tak menyala. Lalu ku on lappy ku, memang berniat untuk menaip entri tapi sekali lagi malang, tiada juga batery. Lantas ku cas lappy ini dan duduk di birai katil sambil menaip tiap bait kata yang mampu ditaip.

Handphone ku bergegar menandakan ada whatsapp berjuta-juta lemon masuk. Aku cuma baca, dan membalas mana yang perlu. Tidak berdaya untuk aku melagha sebab dirundung ketidaksihatan. Allah, tewas jugak aku. Demam. Antibodi yang kurang kuat buat aku jadi tidak sihat. Tambahan pula, Tok memang dah berhari demam. Jangkitan aku agak.

Pergerakan terbatas. Lenguh-lenguh badan. Hidung yang sentiasa basah dek selsema. Muka memerah panas + jerawat besar di pipi. Ya Allah, sembuhkanlah aku. Kenapa buat aku tak sihat? Kenapa tak kuatkan diri aku? Aku dah sedaya upaya jaga diri. Minum air putih banyak. Mandi yang cukup. Tetapi tetap aku kecundang. Innalillah.

Bukan aku marahkan Allah. Bukan. Tapi aku kecewa. Sedih memandang rumah bukan seperti rumah, meaning, kucar-kacir dek kerana renovation sedang berjalan. Debu + sepah + kotor. Bila tak sihat, maka aku tak mampu cergas menguruskan rumah. Baju tak berlipat, tudung-tudung tak bersusun and lain lain lain lagi.

Allah, ampunkan hambaMu ini. Aku tahu, sakit itu kifarah dosa. Allah, ampunkan dosaku. Terimalah taubatku. Anda-anda, jaga diri yaa. Panas diluar terlalu terik. Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Penuh nanti klinik dengan hospital kalau semua pakat-pakat sakit. Kita tak minta sakit tapi kalau dah sakit apa boleh buat. =(

Thanks Khairi, awak singgah lama kat rumah, tunggu saya makan, makan ubat. Thanks bebanyak =).

Mata memberat, bedtime!



No comments:

Post a Comment

In syaa Allah... komen anda sangat bermakna.. :)