Friday, March 18, 2016

LELAKI VS PEREMPUAN (PART 2)

Baru aku sedar, betapa banyaknya typo dalam entri semalam. Heh. Tidak aku sengajakan. Menaip dalam gelap, so what do you expect? Confirm ada cacat cela. Tapi hope anda dapat faham dan entri aku tuh mencapai maksud even sikit. Gittew. =P

Assalamualaikum.

Khamis malam Jumaat. Malam yang selalunya rata-rata Muslim akan membaca surah Yaasin dan juga surah Kahfi. Alhamdulillah bagi yang sudah membaca. Moga bertambah amalan dan pahala. Aamin. Entri nih adalah sequel dari entri semalam. Sebab agak tidak terperinci intipati entri dan maksud sebenar yang ingin disampaikan juga macam tergantung. Maaf. Suasana gelap buat mataku memberat seberatnya. Sampai aku lupa shut down lappy, Terus, pap! And rebah.

Lelaki memerlukan perempuan. Perempuan memerlukan lelaki. Aaa aaa aaa, jangan cakap jangan takbur. 'Aku boleh hidup tak ada perempuan'. 'Tak mati aih kalau tak ada lelaki'. Sapa cakap? Aku pernah cakap dalam entri lepas. Ingat, mati itu pasti ! Jadi dimana reason kukuhnya mengatakan kalau adanya pasangan berjantina yang satu lagi itu, maka matilah kamu, dan hiduplah kamu jika tiada pasangan itu. Ada atau tiada, kalau Allah cakap, matilah kamu, maka mati. *Insaf*

Lelaki dan perempuan saling bergantungan. Selain yang selalu kita-kita ini fikir, yakni nafsu. Banyak lagi sebab musabab kenapa kita wahai kaum Adam dan Hawa saling bergantung antara satu sama lain. Paling ketara dalam rumahtangga, sepatutnya suami isteri mesti saling membantu. Bukan buat hal sendiri. Jangan cepat melenting bila ada yang tak kena. Ingat juga, manusia itu tidak sempurna. Yang menulis, yang membaca entri nih, yang blogwalking saja tanpa membaca, yang click saloma nampak blog tak famous nih tanpa tengok, yang sedang tanya encik google dan semua orang tidak sempurna. Suami isteri seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Bukan mencari salah, mencari punca untuk berpisah.

Perempuan. Ya perempuan, sinonim dengan kerja-kerja rumah. Lelaki. mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab ada pada kedua suami isteri. Bertolak ansur dan saling memberi dan menerima, in syaa Allah, semua akan baik-baik sahaja. Setiap masalah mesti boleh selesai kalau boleh duduk berbincang bukan ambil keputusan melulu. Lelaki jangan terlalalu ego, perempuan jangan terlalu banyak berleter. Kita 'lek-lek' ja. Gaduh-gaduh manja tuh kan pahit manis rumahtangga. Gittew kau. Aku belum kahwin nih, pandai pulak nak nasihat orang.

Well you all, aku pon jujurnya takut nak melangkah ke alam rumahtangga nih. Mampukah aku menjadi isteri yang terbaik untuk dia. Banyakkan membaca, tanya pada yang lebih berpengalaman, sentiasa muhasabah diri, in syaa Allah Allah permudahkan jalan.

Lelaki.
Egomu jangan terlalu tinggi.
Takut kelak memakan diri.

Perempuan.
Hatimu mudah ditawan.
Berwaspada selalu kuatkan iman.

Lelaki dan perempuan.
Seperti mana lelaki perlukan perempuan.
Perempuan juga perlukan lelaki.
Hiduplah aman di dunia.
Juga di akhirat nanti.

Entri yang kalau agak so-so nih, tak nak baca pon tak apa eh. Sebab idea tadi macam mencurah. Sekali jemariku menaip tetiba otakku jem kelu tiada memberi signal perkataan untuk ditaip. Apa pon tulisan ini ikhlas dari hati. Bukan niat untuk mendiskriminasi. Bagi aku, lelaki tetap imam, perempuan sebagai makmumnya. Lelaki adalah ketua keluarga juga. Aku doakan anda bahagia selamanya sampai Jannah.

Love. Care.
<3

No comments:

Post a Comment

In syaa Allah... komen anda sangat bermakna.. :)