Saturday, March 26, 2016

MACAM - MACAM

Jari jemari gatal dari tadi mintak digerak di papan kekunci. PC mintak di on. Finally, am here posting an entry. See the title. Means here, ada banyak cerita ceriti aku nak story. Tak sempat nak update sebab tak sempat nak lepak di laman sendiri. 

Assalamualaikum. 

Nak cerita yang sangat details pon, aku kejap lagi nak gerak ke rumah tok. Gotong-royong hari nih bersihkan rumah. Maklumlah weekdays kerja, cuma ada weekend dua hari nih untuk kemas cuci basuh apa yang patut. Nasib ibu abah stay rumah lain, so adala jugak tempat menumpang, lari dari habuk dan debu rumah tok akibat renovation. And I'm glad to stay with my little family even without my sis not around. Baru merasa living with my family. Selama nih, stay dengan tok ja berdua. Hehehe. So this memory might not be forgotten. =)

Cerita lagi. Tok baru discharge ja Rabu lepas. She was warded to due fever + urine infection + blood infection. Alhamdulillah. Warded cuma tiga hari. Bit relieved sebabnya if she keeps unhealthy, nobody can take care of her at the hospital. I mean, everybody is working. Sangat letih if kena bermalam di hospital then esok pergi kerja. You know what I mean right. But now, syukur. Everything is fine. Tok pon dah mula selera nak makan and she's recovering day to day. Alhamdulillah again!

Oke I stop here since kena siap siap nak gerak ke rumah tok. I'll update again later. A story about insurance. Ops. aku bukan agen insurans yaa. Wait, another entry will be coming soon.

Thank you for reading =P

Friday, March 18, 2016

LELAKI VS PEREMPUAN (PART 2)

Baru aku sedar, betapa banyaknya typo dalam entri semalam. Heh. Tidak aku sengajakan. Menaip dalam gelap, so what do you expect? Confirm ada cacat cela. Tapi hope anda dapat faham dan entri aku tuh mencapai maksud even sikit. Gittew. =P

Assalamualaikum.

Khamis malam Jumaat. Malam yang selalunya rata-rata Muslim akan membaca surah Yaasin dan juga surah Kahfi. Alhamdulillah bagi yang sudah membaca. Moga bertambah amalan dan pahala. Aamin. Entri nih adalah sequel dari entri semalam. Sebab agak tidak terperinci intipati entri dan maksud sebenar yang ingin disampaikan juga macam tergantung. Maaf. Suasana gelap buat mataku memberat seberatnya. Sampai aku lupa shut down lappy, Terus, pap! And rebah.

Lelaki memerlukan perempuan. Perempuan memerlukan lelaki. Aaa aaa aaa, jangan cakap jangan takbur. 'Aku boleh hidup tak ada perempuan'. 'Tak mati aih kalau tak ada lelaki'. Sapa cakap? Aku pernah cakap dalam entri lepas. Ingat, mati itu pasti ! Jadi dimana reason kukuhnya mengatakan kalau adanya pasangan berjantina yang satu lagi itu, maka matilah kamu, dan hiduplah kamu jika tiada pasangan itu. Ada atau tiada, kalau Allah cakap, matilah kamu, maka mati. *Insaf*

Lelaki dan perempuan saling bergantungan. Selain yang selalu kita-kita ini fikir, yakni nafsu. Banyak lagi sebab musabab kenapa kita wahai kaum Adam dan Hawa saling bergantung antara satu sama lain. Paling ketara dalam rumahtangga, sepatutnya suami isteri mesti saling membantu. Bukan buat hal sendiri. Jangan cepat melenting bila ada yang tak kena. Ingat juga, manusia itu tidak sempurna. Yang menulis, yang membaca entri nih, yang blogwalking saja tanpa membaca, yang click saloma nampak blog tak famous nih tanpa tengok, yang sedang tanya encik google dan semua orang tidak sempurna. Suami isteri seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Bukan mencari salah, mencari punca untuk berpisah.

Perempuan. Ya perempuan, sinonim dengan kerja-kerja rumah. Lelaki. mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab ada pada kedua suami isteri. Bertolak ansur dan saling memberi dan menerima, in syaa Allah, semua akan baik-baik sahaja. Setiap masalah mesti boleh selesai kalau boleh duduk berbincang bukan ambil keputusan melulu. Lelaki jangan terlalalu ego, perempuan jangan terlalu banyak berleter. Kita 'lek-lek' ja. Gaduh-gaduh manja tuh kan pahit manis rumahtangga. Gittew kau. Aku belum kahwin nih, pandai pulak nak nasihat orang.

Well you all, aku pon jujurnya takut nak melangkah ke alam rumahtangga nih. Mampukah aku menjadi isteri yang terbaik untuk dia. Banyakkan membaca, tanya pada yang lebih berpengalaman, sentiasa muhasabah diri, in syaa Allah Allah permudahkan jalan.

Lelaki.
Egomu jangan terlalu tinggi.
Takut kelak memakan diri.

Perempuan.
Hatimu mudah ditawan.
Berwaspada selalu kuatkan iman.

Lelaki dan perempuan.
Seperti mana lelaki perlukan perempuan.
Perempuan juga perlukan lelaki.
Hiduplah aman di dunia.
Juga di akhirat nanti.

Entri yang kalau agak so-so nih, tak nak baca pon tak apa eh. Sebab idea tadi macam mencurah. Sekali jemariku menaip tetiba otakku jem kelu tiada memberi signal perkataan untuk ditaip. Apa pon tulisan ini ikhlas dari hati. Bukan niat untuk mendiskriminasi. Bagi aku, lelaki tetap imam, perempuan sebagai makmumnya. Lelaki adalah ketua keluarga juga. Aku doakan anda bahagia selamanya sampai Jannah.

Love. Care.
<3

Thursday, March 17, 2016

LELAKI VS PEREMPUAN (PART 1)

Assalamualaikum. Salam baca entri aku, Hehehe. Alhamdulillah beransur sihat dan kuat. Mulut pun lincah berkata-kata, Baru bersemangat rasanya nak buat rutin harian. Again, say Alhamdulillah =D.

Tadi, aku dapat whatsapp dari colleague minta baca satu post di fb. Aku search and glad that I found that post, And read all the comments *hakikatnya ada jugakla yang skip*. Normal la aku akan baca yang panjang panjang plus yang menarik perhatian ja. Sampai abes semua komen tuh, aku mula berdiskusi dengan colleague aku. Actually that post is about husband and wife. Isteri yg dicurangi suaminya dek kerana dia tak pandai masak, malas buat kerja rumah and seangkatannyalah. Best part is, that wife yang mengaku. Bukanlah orang yang menceritakan kisah mereka. Tapi pengakuan oleh seorang isteri. Pengakuan kenapa suaminya berlaku curang.

Satu yang aku kurang pasti. Sahihkah begitu? Dalam erti kata, is it true yang wife tuh buat pengakuan yang dia pemalas? Which I think, payah kot kita, as manusia biasa nih nak admit salah kita in public. Beb, public kottt ! Tapi bila aku fikir lagi, Hurm, maybe dia dalam penyesalan. Penyesalan yang membawa dia ke arah membuat pengakuan sedemikian rupa. Mungkin. Sahih atau tidak, post iyu menjadi isu. Isu yang pada aku, such a big thing to discuss on.

Lelaki sebagai suami. Perempuan sebagai isteri. Isteri tempatnya di sisi suami, tulang belakang suami. Suami tugasnya membimbing isteri, menjadi ketua dalam famili. Suami mahupun isteri ada peranan masing-masing. Well, semua maklum. Perkahwinan berbeza dengan masa you bercinta dulu. Mana taknya, masa bercinta, tak duduk sekali kan. Boleh ja taw kalau nak menipu, 'I tadi baru lepas masak'. Padahal $%^*( , makan sebenarnya. Tapi, bila dah sebumbung, baru namapak true colors pasangan. Tak pandai masak lah, tak pandai lipat baju lah apa lah. Malu taw.

Entri nih bukan berniat untuk diskriminasi. Cuma pandangan ingin diberi. Lelaki dan perempuan salong melengkapi bukan bersilih ganti. English said, love is when you complete me. You + Me = Complete. If you solely, the result would not be the same. Incomplete dear, incomplete. To me, lelaki dan perempuan especially dalam rumahtangga mesti ada toleransi, sikap memberi dan menerima dan paling penying jujur dan setia. That is the best way to live together eternally. In syaa Allah.

Apa pon, tepuk dada tanya dalam hati, aku dah cukop baik tak? Kalai rasa tak, berubahlah. Masih ada masa. Masih.

AWAK,
Saya akan cuba yang terbaik untuk kita.

^Kita reti masak taw^


Pen off!