Friday, March 11, 2016

MAK JEMAH BE LIKE =P

12.14 am

Cuaca panas sekarang. Siang mahupon malam, panas mengulit diri. Kadang-kadang rasa tak tahan sangat dengan panas nih. Tapi apakan daya, bukan kuasa kita nak melawan takdirNya kan. Ini salah satu ujian dariNya, Bertabahlah. Jaga kesihatan, minum banyak air putih dan jangan malas mandi. Plus, kurangkan aktiviti luar. Kalau tak mahu ditimpa sakit, jaga diri baik-baik *hamboih dah mcm trademark maaanjjaaa kaseeehhh* Serious, aku tak boleh terima iklan tuh. Mata berbulu, kind of annoying la jugak. Heh.

Mukadimah panjangnyaaa kemain. Assalamualaikum pembuka coretan entri. Tak nak cakap, tapi nak cakap jugak. Lama sungguh tak singgah blog update entri baru kan. Malam nih rasa free rasa nak menaip rasa nak bersembang banyak-banyak dalam entri nih. Mohon jangan baca kalau tak suka, boleh klik butang X di atas kanan anda yaaa! Hehehe.

Bercerita pasal life aku sekarang. Biasa jaa. Tak la semenggah orang lain. Busy benda-benda normal ja. Meaning, busy kerja. Well kerja takkan pernah habis, kalau habis, nak buat kerja apa kan. So benda tuh normal lah. Oke sekarang, aku dah boleh sangat-sangat adapt dengan environment dalam office tuh. Memang no big deal. Sporting colleagues, loving sisters, true friends are all in one. They are regarded as families not strangers. Kak Anis, strict yet helpful and sometimes as my advisor. Kak Ina, we are 'partner in crime' auditing koop but she helped me much. Kak Ana, learned much from her, bout work bout life, she's inspired me. Pija, technically helper on report, always be the founder of beauty products. Aina, the closest one to me, kind of big sister for me sometimes, my good ears to lend to. Emelia, is now trying to close the gap, she's new maybe, still finding something to click. Najmi, the thorn among roses, sometimes i learn something from him bout men. Kinah, she's just toooo kind which im not bear to hurt her feeling even without intention, she is soft hearted and suit enough to be isteri mithali soon, in syaa Allah. Laila, wuuu a very independent girl that I've ever met before. They are now my families. Love them all ketat-ketat.

See! Mampu taw aku describe setiap satu colleague aku. Sebab apa, sebab mencurah-curah bait-bait kata daripada kepala otak aku nih. *Bangga sekejap* Bila dah kerja, life tuh memang lah tak sama dengan life masa study or life masa cuti or life masa mengganggur. Lumrah, masa study, nak sangat cepat habis, nak kerja. tapi bila sekarang dah kerja, sebaliknya pulak. Ya, being a student is not burden as being an employee. Meaning to say here, you bekerja, you earn salary, sebab komitmen kan? Masa you study dulu, you cuma study and strive for best cgpa sahaja. Really not the same right. But alam study, alam bekerja semua orang akan tempuh. Manfaatkanlah masa, peluang dan lakukan dengan ikhlas. In syaa Allah, berkat hidup dunia akhirat. Dah jadi ustajah pulak =P. Hahaha.

For me yang akan melangkah ke satu lagi alam nih, belum ready yang sebetulnya. Alam berumahtangga, kadang-kadang aku rasa aku tak ready. Jarang la aku rasa nak ready. Eh! Berpusing-pusing ayat aku. Haha. Mungkin macam lambat lagi, so aku chill dulu lah. Biarkan si Khairi fikir dan buat apa yang sewajarnya. Aku chill dulu untuk few months left nih. Masa bujang yang ada tidak harus dipersia. Marilah manfaatkan ia sebaiknya. Gittew.

Setiap kita akan berkahwin, ingat, kahwin taw. Tuh sunnah Nabi. Berkahwinlah kamu dan bertambahlah umatku. Aku pon lambat nak menamatkan zaman bujang, 27 baru aku menemukan cinta yang betul cinta. Mencintai seseorang yang mencintaiNya. Alhamdulillah, semoga dia menjadi pembimbing hidup aku yang sempurna. Amin. Tapi lambat cepat jodoh tuh rahsia Allah, berdoalah. Sampai masa bertemu jugak jodoh yg ditentukanNya. Again, jadi ustajah tak bertauliah lagi. Kikiki.

Each of us memang akan lalui setiap alam yang berbeza mengikut umur. Bumi berputar pada paksinya. Kita pon bukan semakin muda. Bumi berputar, umur kita bertambah. Sehebat mana pon anda, secantik mana pon anda, setidak matang mana pon anda, pokok pangkalnya, ingat, mati itu pasti. Hahaha. Dah tetiba pulak! Maksud aku, di alam mana pon kita, ingat Allah. Seimbangkan dunia akhirat. Aku bercakap bukan aku nih terlalu akhirati, tapi ini juga pesanan untuk diri. Aku juga kekadang terlupa. Terlalu leka dengan duniawi. Tak apa, in syaa Allah masih ada masa. Kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Even aku sendiri, sedang perlahan-lahan membaiki diri, membaiki solat terutamanya.Sebab? Sebab solat itu tiang agama. Hiduplah kita dengan ada pengisian bukan kosong ditelan dunia kelak tanpa amalan. Kita manusia, bukan lemah cuma kadang-ladang tumpas oleh hasutan. Hasutan makhluk yang bernama syaitan. Biarkan dengan hasutan, mantapkan iman, in syaa Allah aman. Amin. Kuatkanlah iman ku juga.

Kita masuk bab jiwang sikit boleh? Ala boleh la. Sikit ja. Sikit janji tak banyak. To ex boyfriend aku, yang sekarang tunangan aku dan bakal suami kelak. Saya percaya awak boleh jaga saya. Saya percaya awak boleh bahagiakan saya. Saya percaya awak. Dan saya. Saya. Hurm. Saya sayang awak. Tambah lagi. Saya sayang awak kerana Allah. Wallahi. <3

Suka aku malam nih dapat taip entri pepanjang. Sebab dah lama sangat aku tak menjoyah. Even bukan ada siapa pon nak baca blog yg so-so nih tapi aku puas. At least, ada something yang boleh aku luahkan kepada. Bebas di kawasan sendiri. Nampak tak girl power? Kekeke. Aku tak ada cerita utama untuk entri nih, cuma saja menaip mengisi masa yang ada. Mana yang baik boleh diambil pengajaran. Mana yang tak baik, jangan sedut masuk dalam kepala. Rosak nanti dibuatnya.

Marilah kita pen off sebab mata dah mula mengantok tahap gaban. Assalamualaikum!

Friday, January 1, 2016

HAPPY 2016 =P

Assalamualaikum wbt

Tahun baru menjengah, 2016 tika ini. Ya, 1 Jan 2016, Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah masih bernafas di bumi ini untuk melalui pula tahun baru. Selamat tinggal 2015, you will be missed, always. Suka duka 2015, biarkan berlalu. Yg suka kita teruskan, yg duka kita usahakan utk mnjadi lebih baik di tahun ini.

Nampak tak intro macam motivator. Kihkih. Hai semua, selamat tahun baru. Mari sama-sama kita berdoa semoga tahun in lebih baik dari tahun sebelumnya. Well, rajin pulak aku update blog hari nih kan. Azam tahun baru aku, nak rajin-rajin update. Ngehngeh. Wish me luck semua. Even, aku xbnyk followers, tapi aku rasa aku patut manfaatkan apa yg aku minati sebaiknya. Memang hobi aku menulis, membaca, verangan, imaginasi tinggi, so why i must neglect my blog, rite? So guys, feel free to read my blog. Tak suka pon baca jugak, hahaha, paksa pulak kan!

Sembang pasal azam tahun baru aku, banyak jugak azamnya. Tapi entahlah bakal terbuat atau tak. Tapi doa selalu semoga aku buat apa yg aku azamkan laa. Salah satunya, aku nak usaha perbaiki diri utk menjadi seorg muslimah yg solehah. Solat cukup lima waktu plus dgn khusyuk dan tenang. Dalam erti kata lain solat yg diterimaNya. Bukan hanya sekadar solat. Aurat juga terjaga, muslimah berfesyen yg menutup aurat. Itu angan-angan. Bersederhana tapi kaya dgn ibadah terhadapNya. Amin. In syaa Allah aku mampu.

Semua sedia maklum, aku bergelar tunangan org. Ya, tunangan Khairi. In syaa Allah bakal disatukan lepas raya nanti. Tercapai jugak hasrat nak tunggu adik aku baru kami nikah. Thanx Khairi thanx family in laws to be yang memahami. Sayer ada adik dua org jer, kalau dua-dua tak der mmg tak lengkap, tak meriah. Dah kenapa aku cakap keyel tetiba, ngengada. Hahahaha. Apapon, doakan semua berjalan lancar. Dengar mcm lamgat ja lagi kan, raya puasa nanti yakni bulan 7 nanti. Lambat lagi. Tapi hakikat waktu sekarang berjalan amat laju, maka aku harus ready mental and fizikal. Plus, aku nak kumpol duet lagi utk wedding sndiri. Yeay, i ken du it. Hehe. Well bila kita anak sulung, kalau boleh kita mmg tak nak susahkan mak ayah kita, termasuk aku. Walaupon pada realitinya ibu abah kna tolong jugak nanti. Aku kerja baru berapa bulan, need them jugk to help in term of financial. Nt bulan-bulan kakak bayar eh. Hihihi.

Yg atas sembang pasal nak wedding ja, wajib jugak sebenarnya aku bersedia mental dan fizikal utk menyandang jawatan seorg isteri kepadaa seorg suami. Huuhuuu. Itu mcm nebes sikit. Kat mulot ja la, hati aku still merasakan lambat lagi nak jd wife Khairi. Hahaha. Oke, serious. Berat tuh tanggung dan jawab nak jd isteri. Sedia berkhidmat utk suami bila dh nikah nanti. Entah betol entah tak prinsip aku nih. Moga Khairi tergolong dalam golongan org-org yang sabar dalam melayan karenah aku kelak. Amin. Sayang abg! Eh, terbodek di situ. Kikiki.

Okelah guys, aku kena undur diri dulu. Kang aku punya agar-agar tak jadi. Teruk aku kena bebel kang. Oke taking care guys. Love u moah !

Tempek gambo lama. 2015. Zmn study master.

See you when i see you. Kbai !

Thursday, October 29, 2015

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum

Last date update blog tahun lepas, setahun yang lalu... Lamanya menghilang... Menghilang bersebab, sebok menghabiskan study... Kesibukan melampau ditambah pula dgn kegigihan melampau *melampau la sangat* ... telah berbuah lah hasilnya, akhirnya berjaya menerima segulung sarjana... Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hadiah untuk Ibu Abah. Hadiah untuk family semua. Hadiah jugak untuk tunang tersayang.

Ouh, aku sudah pon disunting dirisik dipinang bulan Mac yang lepas, 21hb 3 2015. Alhamdulillah jugak, selepas 4 tahun bercenta, selamat la diikat dgn tali pertunangan. Langsungnya, tunggu adik pulang ke Malaysia nanti. Tunggguuuu.... hehehe...

Abah Ibu Mak Ayah *tunang tak datang*
Alhamdulillah jugak, aku dah pon bekerja sekarang... baru 4 hari... Dekat ja dengan umah nih haa, senang nak jenguk Tok, jenguk apa memang aku stay dengan Tok pon. Hehehe. Berkat doa family, dapat jugak aku kerja.

In syaa Allah, lepas nih, aku rajin2 update post baru keyh. Boleh la sharing2 info, sharing kisah2 aku yang tak seberapa nih. Selamat hari Khamis malam Jumaat, jangan lupa baca Yaasin + Kahfii...

Jumpa u olls next post keyh =P