Tuesday, November 8, 2016

BACK TO SALOMABECOK.BLOGSPOT.MY

Taip . . . . .

Padam . . . . .

Taip banyak . . . .

Padam padam padam  . . . . . .

Assalamualaikum semua readers, masihkah punya readers memandangkan sudah lebih kurang 6 bulan aku mendiamkan diri dari menjengah ke blog sendiri. Sepanjang 6 bulan nih, banyak yang berubah banyak yang lain banyak yang terjadi. Kalau nak aku kongsikan semuanya dalam satu entri nih, memang tak tido jawabnya aku. Panjang berjela-jela nanti. Yang baca pon nanti bakal muak lalu loya justeru muntah. Hahaha. Dahla blog tak pemes, suam suam kuku ja, perasan ada orang hadap nak baca. Heh!

Akibat terlalu banyak, maka aku tak tahu nak mula cerita apa. Even tiada la apa yang menarik untuk dikhabarkan, ya insan biasa tapi blog ini punyanya aku, maka tiada salah untuk aku story mory maciam-maciam. Hehehe. Apa yang pasti, status aku bukan lagi bujang, bukan lagi anak dara, bukan lagi gadis sunti yang hot hahaha *lempang mau*. Title sekarang seorang isteri. Isterinya Mohamad Khairi. Akhirnya Khairi yang menang dalam merebut cintaku. Cewah! Bajet hot gilerrr. Hahahaha jangan percaya. Gurau tuuu. Hihihi.

Menaip entri di kala sudah menjadi isteri. Perasaan? Ehm sama ja. Cuma sekarang dok menaip nih ada orang la tengah sibuk kat sebelah. Susah taw nak concentrate, so if rasa macam tak best la baca entri saloma nih, haa salahkan dia. Jenuh suruh keluar bilik. Bukan la nak privasi sangat cuma aku segan. Ayat terus tak keluar nak taip. Hihi. Ngada sangat. Bila aku nikah? Lepas raya hari tu, sekali lafaz sah jadi kepunyaan orang. Menitis-nitis air mata ke pipi, sebak tapi seronok *gatal sangat*. Sudah halal aku bagi sang suami, begitu juga sang suami kepada aku. 4 bulan sudah, alhamdulillah. Nanti kalau aku berkesempatan, harapnya sempat saja lah, aku share kan entri pasal kenduri kawen #khairiylia keyh! Tapi nanti tunggu aku free betol-betol bolehla aku up gambar sekeping dua untuk tatapan semua. Aiseh macam ramai sangat pulak kan. Doakan entri itu berhasil ya, kalau tak mengharap ja la u olls. Huhuhu.

Sang suami dah disuruh keluar untuk memberi ruang untuk aku berblogging, tapi hakikatnya ada lagi di sisi. Ops bukan di sisi tapi di dalam lebih pasti. Haaa teka apa tuu. Ya, ada nyawa di dalam rahimku. I'm a 4-months-pregnant-wifey to Khairi. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki awal. Kami terima dan jaga sebaiknya. Next aku akan hasilkan entri pasal aku punya pregnancy journey oke? Doakanlah moga membuahkan hasil. Hahaha. Susah tau nak berjanji takut tak ditepati. Sayang blog nih walau tak ramai followers. Kadang-kadang bosan or kadang-kadang dah tak tahu nak baca blog sapa lagi, maka bacala entri-entri kat blog sendiri walaupon tahu dah sembang pasal apa, heh. Lepas tu, gelak sorang-sorang. Hahaha. Yala masa mula-mula join blogging ayat susun macam budak-budak. Malu ja tau. *tutup muka,wuwuwu*

Sekelip mata ja rasa dah jadi isteri Khairi dah nak jadi ibu. Macam tak percaya tapi kena percaya. I am a wife who is carrying his baby. Betul, bukan mimpi. In syaa Allah tanggungjawab ini akan aku jalankan sebaiknya, jadi isteri yang baik dan ibu yang baik. Amin.

Aku pen off sini dulu, nanti aku sambung next entri. Sakit pinggang dok menaip sambil duduk bersila. Doakan aku sihat sepanjang mengandung nih oke. Terima kasih atas doa u olls. See u olls again next entri.

Bye!


Friday, April 29, 2016

SOK SEK

'Cepatlah p update entri, satgi tidoq lambat, esok dahla kerja, bla bla bla bla bla', leter si tunang.

Spoil taw, time nak anje-anje tuh, dia suruh letak phone and update entri. Yala, sendiri yang cakap nak blogging kejap lagi, terus dia tak nak cakap lama-lama lagi. Huhuhu. Mata masih segar, hairan. Pelik. Tiada rasa kantuk menyinggah di pelupuk mata. Jangan esok kepala hempap ke meja kerana mata berat tak mampu dibuka.

Assalamuaikum. Kedengaran bunyi guruh di luar. Harapnya basah bumi sekejap lagi. Baru nanti lena nyenyak diulit mimpi dalam dingin malam yang sunyi. Sunyi? Ouh tidak bagi tempat di mana aku berpijak sekarang, memandangkan suasana hiruk pikuk seperti jam 8 masih kedengaran walau jam sudah menunjukkan 12.30 pagi. Sudah menjadi kebiasaan kami yang menetap di sini, bunyi bising yang kedengaran tidak akan pernah jejaskan mimpi kami. Aiseh!

 Aneh, jariku pantas menaip, tapi apa yang aku taip? Entri ini nak katakan pasal apa? Hahaha, otakku jem, ligat mencari idea. Takkan aku nak bercakap pasal kerja lagi. Itu dah jd norma kehidupan. Tak ada kerja yang senang. Belajar pon susah, kan? So kerja or belajar, asing-masing ada waktu susahnya, Tapi you will be paid off in future. Meaning to say, you manage to success with flying colours, or you manage to perform well on work. Kerja tetap kerja. Kerja takkan pernah habis. So kuatkan laaa hati nih seadanya yang boleh.

________________________________________________________________________________

I got to go. Tetiba mata mengantuk tahap apa dah

Wednesday, April 20, 2016

KERJA

Semangat cepat-cepat makan, cepat-cepat mandi sebab nak tengok hero pujaan dalam drama Jasmine, alih-alih kecewa sebab ada bola kat TV3, Liga Super Pulau Pinang vs Selangor. Live pulak tuh. Takpa lah, layan ja lah. Pukol 10.30 nanti kita tukar channel pulak, tengok Finale Kilauan Emas Otai. Gigih kan semua program tv hafal. Hahaha.

Assalamualaikum.

Rutin setiap hari sama, bangun pagi kemas mana yang sempat buat breakfast pon kalau sempat, mandi dan siap-siap pergi kerja. Habis kerja pukul 5.30, tapi seringkali lewat dari jam tuh sebab siapkan kerja ataupon melagha. Hehehe. Isnin - Jumaat, kekadang membawa sampai hari Sabtu memandangkan kena OT untuk siapkan kerja urgent. Hurm. Letih, even bekerja dalam bilik yang didinginkan dengan dua biji pendingin hawa. Letih mata mengadap PC, letik otak berfikir, letih jugak fizikal bila ada masa-masa yang perlu berkejar sana dan sini. Itu baru working in a small audit firm. Blurghhh.

Bukan tidak bersyukur memiliki kerjaya. Walau tak setimpal dengan cert yang aku ada, tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku punya peluang untuk menimba pengalaman juga ilmu untuk masa depan nanti. Sekurang-kurangnya jugak, aku bertuah sebab tak menganggur terlalu lama. Alhamdulillah. Seronok kerja tapi letih jugak, kalau kena kerja yang urgent sampai malam baru jejakkan kaki kat rumah, itu jadi tak seronok. Rest taak cukup, badan dan otak letih. Tapi tetap kena kuat. Kuatkan diri demi mencari rezeki.

Bekerja di audit firm, buatkan aku kadang-kadang rasa give up jugak. Job banyak, boss ligan due date, boss ligan payment. Kadang-kadang rasa tak tercekau. Memang bukan aku saja staff yang ada, ramai lagi. Tapi masing-masing sibuk, sibuk dengan kerja masing-masing. Ada juga yang nak kena melayan client yang suam-suam kuku, client yang cepat hangin dan ada jugak client yang tak paham tapi buat macam paham. Hahaha. Lagi susah deal oke. =(

Tapi apa boleh buat, tetap kena tempuh, tetap kena tahan maki kalau apa-apa tak elok terjadi. Kita chill kita relax kita keep smiling. In syaa Allah Allah akan tolong. Client nih manusia, kadang-kadang lupa yang manusia lain pon ada hati dan perasaan. Kenapa tak saling bekerjasama? Since kita sama-sama nak memudahkan kerja, why must you or they or us make it complicated?. Never mind, yakin kita boleh buat, yakin kita tak salah nak tanya pa yang kita tak clear.

For you dearie sis, please be strong. I know you can. I am here for you if you need me. But please relax and chill the moment. Ingat tak satu pepatah, bemudik ke hulu, berenang ke tepian, bersusah dahulu bersenang kemudian. Mungkin ini didahulukan, bersusah payah bergelut menyiapkan kerja. Mungkin lepas nih, you manage to success better. Only He know. We plan, He decide.

I have to go, Pen Off!

Tuesday, April 19, 2016

LENS MANA LENS

Masuk bilik jam 10 tadi. Tapi entri tak taip dari tadi. Dok karok sensorang. Hilangkan stress dan penat kepala otak + badan. Alih-alih sakit tekak pulak sekarang sebab dok tarik kaw2 lagu Sudah Ku Tahu yang dok femes sekarang nih. Kat apps Smule kat radio kat merata. Aku mula tuh tak la minat sangat, si adik-adik kat opis nuh rajin sangat on lagu tuh. Try test suara la tadi. Tak menjadi. Terus send kat adik-adik kesayangans tuh, hambek kau kakak dah rosakkan lagu feberet u olls. Heh.

Assalamualaikum. Salam Isnin malam Selasa. Alhamdulillah sehari dua nih Sungai Dua dan kawasan sewaktu dengannya dibasahi hujan. Allah dengar doa kita semua, syukur. Apa pon, still panas lagi. Kipas stand ku tekan punat nombor 3 dan halaan hanya direct ke muka. Dingin sebentar. Mintaknya hujan lagi tengah malam nih, yakni tidur malamku nanti bakal nyenyak senyenyaknya tanpa berkutik buang sedikit pon. Aiseh.

Entri yang sepatutnya entri happy + (apa tah aku nak sambung tadi, abah kol sampai lupa dah). Ouh sepatutnya entri nih entri happy entri suka entri gembira tapi bertukar. Sebabnya gambar-gambar belum transfer masuk lappy and ada lagi benda lain yang aku nak share dengan u olls. Pasal lens. Ya lens or in Bahasa, kanta lekap. Betol kan? Betolkan aku kalau salah. Nak cerita nih pasal contact lens. Kecewa, hampa, sedih berkenaan contact lens. Ada dua jenis lens, colourless and colour. First time dulu aku pakai colour, colour purple kalau tak salah aku, ya rabbi punya la susah payah nak pakai sampai mintak housemate pakaikan n it took almost 1 1/2 hour to make those lens got into my eyes. Hahaha. Memori sangat kalau fikir balek. Mata tak nak buka, mata asyik nak berkelip. Habis macam mana lens nak masuk.

Then stop, sampai habis degree tak pakai lens. Lens yang aku cerita tadi pakai hari tuh ja, then tak pakai sampai expired. Rugi kan. Huhu. Sampai master sampai habis master tak pernah cuba pakai lens jugak walaupun teringin sangat nak pakai lens time tuh. Lagipon zaman study kan, expenses memang catu habis habisan. Tambah pulak study Shah Alam masa master tuh. Kos hidup agak tinggi. So, takla berniat pon nak keluar duit untuk beli lens. Even bukan beratus pon nak beli. Hakak memang berjimat dek non masa tuh, tapi overspent jugak sebab makan ja. Haih la kenangan.

Habis master, bertunang. Tahun lepas bulan 3. Takkan nak jadi speky masa bertunang kan. Aku gigih la pergi beli lens, color pink lagi, ikot tema baju and pelamin. Belajar pakai lens dengan mak nya kedai spek tuh pon dekat 2 jam lebih. Lens tak nak masuk mata. Sampai merah mata sebab dok kena solution banyak. Lens tetap tak nak masuk. Mana nak masuk kalau mata tuh asyik berkelip n takut. Hahaha. Tapi last-last tuh masuk jugak la dengan jayanya. Masa hari bertunang tuh, awal lagi dah pakai lens sebab takut nanti drag masa yang lama nak bersiap. Alhamdulillah time tuh senang ja masuk. Allah permudah. Hee.

Lepas bertunang, konvo. Beli pulak lens color orange. Pandai dah pakai tak payah ada orang tak payah terlalu gigih. Senang ja masuk. Bangga la masa tuh. Hahaha. Raya pulak pakai lens color biru. Memang dah semakin menonjol ketereran aku masa tuh. Then masa dapat kerja still pakai lens biru utuh, sampai one time tuh aku rasa aku nak try colourless pulak. Sebabnya colourless lebih murah nak dibandingkan dengan lens color. Aku dapat beli yang 3 pasang untuk 3 bulan. Sebulan sepasang. Nak dipendekkan cerita, tak sampai 2 bulan, lens sekarang cuma tinggal satu. bukan satu pasang tapi satu which mean sebelah saja. Sobsobsob.

Hakak sedih taw. Hakak tak ada luck sangat dengan lens colourless. Power memangla tinggi jugak, Lebih kurang 450 both. And major reason why I said I have no luck with colourless lens sebabnya lens tuh suka buat perangai tak nak masuk dalam mata, It took several times cubaan baru nak masuk. Plus, aku tak boleh beza belah yang nampak and kurang nampak. Haish. Bila pakai mesti kena buang balik sebab rasa kabur sebelah. Plus lagi lens nih suka jatuh, and aku dah tak nampak kat mana dia jatuh since dia colourless. Sedih taw. Hakak sedih. Hakak depressed. As the result tadi jadi speky la pergi kerja. Best part, ada mak nya mana entah masuk satu lif tadi tanya, student ka? Ada kursus ka nih? Oh my, I was treated like a student. Am already 27. Huhuhuhu.

Sepanjang panjang huraian di atas, handak aku tegaskan di sini, anda anda yang power tinggi macam aku belilah lens color sebab even merenung nak make sure pakai terbalik or tak tapi sebab dia berwarna kita mampu beza tapi kalau dah colourless, bit hard to recognize. Apa pon atas keselesaan dan kemampuan dan pembawakan imej anda, rasa nak lawa lebih pakai la lens color, kalau nak humble ja, colourless ja. Hehe. Up to you. It's your choice.

Tapi. Nak jugak bagitahu, pemakaian lens nih tahap disiplin kena tinggi. Tangan kena bersih sebelum nak pegang lens. Pastikan bekas lens pon bersih. Solution pon elok. And beli dari optician seharusnya sebab kita tahu item tuh mesti A, cuma maybe mahal murah atas sebab branding. Jangan terlalu lama pakai lens takut mata ter apa-apa. Jangan tidur dalam keadaan lens ada dalam mata, so bahaya. Kalau tidur-tidur ayam it is okay. Tapi kalau nak tidur 3 4 jam, better remove them from your eyes dan tak perlu risau nak terlajak tidur lama mana pon.

Okay, rasa dah boleh pen off. Sebab dah lewat pon malam yang panas nih. Mohon Allah basahkan lagi bumi ini. Supaya malam nih dingin sedingin hawa di kaki Gunung Kinabalu. Ah rindu. Rindu Sabah. Ouh, next entri okay guys. Banyak lagi nak cerita. Got to go.

Assalamualaikum =)


Saturday, March 26, 2016

MACAM - MACAM

Jari jemari gatal dari tadi mintak digerak di papan kekunci. PC mintak di on. Finally, am here posting an entry. See the title. Means here, ada banyak cerita ceriti aku nak story. Tak sempat nak update sebab tak sempat nak lepak di laman sendiri. 

Assalamualaikum. 

Nak cerita yang sangat details pon, aku kejap lagi nak gerak ke rumah tok. Gotong-royong hari nih bersihkan rumah. Maklumlah weekdays kerja, cuma ada weekend dua hari nih untuk kemas cuci basuh apa yang patut. Nasib ibu abah stay rumah lain, so adala jugak tempat menumpang, lari dari habuk dan debu rumah tok akibat renovation. And I'm glad to stay with my little family even without my sis not around. Baru merasa living with my family. Selama nih, stay dengan tok ja berdua. Hehehe. So this memory might not be forgotten. =)

Cerita lagi. Tok baru discharge ja Rabu lepas. She was warded to due fever + urine infection + blood infection. Alhamdulillah. Warded cuma tiga hari. Bit relieved sebabnya if she keeps unhealthy, nobody can take care of her at the hospital. I mean, everybody is working. Sangat letih if kena bermalam di hospital then esok pergi kerja. You know what I mean right. But now, syukur. Everything is fine. Tok pon dah mula selera nak makan and she's recovering day to day. Alhamdulillah again!

Oke I stop here since kena siap siap nak gerak ke rumah tok. I'll update again later. A story about insurance. Ops. aku bukan agen insurans yaa. Wait, another entry will be coming soon.

Thank you for reading =P

Friday, March 18, 2016

LELAKI VS PEREMPUAN (PART 2)

Baru aku sedar, betapa banyaknya typo dalam entri semalam. Heh. Tidak aku sengajakan. Menaip dalam gelap, so what do you expect? Confirm ada cacat cela. Tapi hope anda dapat faham dan entri aku tuh mencapai maksud even sikit. Gittew. =P

Assalamualaikum.

Khamis malam Jumaat. Malam yang selalunya rata-rata Muslim akan membaca surah Yaasin dan juga surah Kahfi. Alhamdulillah bagi yang sudah membaca. Moga bertambah amalan dan pahala. Aamin. Entri nih adalah sequel dari entri semalam. Sebab agak tidak terperinci intipati entri dan maksud sebenar yang ingin disampaikan juga macam tergantung. Maaf. Suasana gelap buat mataku memberat seberatnya. Sampai aku lupa shut down lappy, Terus, pap! And rebah.

Lelaki memerlukan perempuan. Perempuan memerlukan lelaki. Aaa aaa aaa, jangan cakap jangan takbur. 'Aku boleh hidup tak ada perempuan'. 'Tak mati aih kalau tak ada lelaki'. Sapa cakap? Aku pernah cakap dalam entri lepas. Ingat, mati itu pasti ! Jadi dimana reason kukuhnya mengatakan kalau adanya pasangan berjantina yang satu lagi itu, maka matilah kamu, dan hiduplah kamu jika tiada pasangan itu. Ada atau tiada, kalau Allah cakap, matilah kamu, maka mati. *Insaf*

Lelaki dan perempuan saling bergantungan. Selain yang selalu kita-kita ini fikir, yakni nafsu. Banyak lagi sebab musabab kenapa kita wahai kaum Adam dan Hawa saling bergantung antara satu sama lain. Paling ketara dalam rumahtangga, sepatutnya suami isteri mesti saling membantu. Bukan buat hal sendiri. Jangan cepat melenting bila ada yang tak kena. Ingat juga, manusia itu tidak sempurna. Yang menulis, yang membaca entri nih, yang blogwalking saja tanpa membaca, yang click saloma nampak blog tak famous nih tanpa tengok, yang sedang tanya encik google dan semua orang tidak sempurna. Suami isteri seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Bukan mencari salah, mencari punca untuk berpisah.

Perempuan. Ya perempuan, sinonim dengan kerja-kerja rumah. Lelaki. mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab ada pada kedua suami isteri. Bertolak ansur dan saling memberi dan menerima, in syaa Allah, semua akan baik-baik sahaja. Setiap masalah mesti boleh selesai kalau boleh duduk berbincang bukan ambil keputusan melulu. Lelaki jangan terlalalu ego, perempuan jangan terlalu banyak berleter. Kita 'lek-lek' ja. Gaduh-gaduh manja tuh kan pahit manis rumahtangga. Gittew kau. Aku belum kahwin nih, pandai pulak nak nasihat orang.

Well you all, aku pon jujurnya takut nak melangkah ke alam rumahtangga nih. Mampukah aku menjadi isteri yang terbaik untuk dia. Banyakkan membaca, tanya pada yang lebih berpengalaman, sentiasa muhasabah diri, in syaa Allah Allah permudahkan jalan.

Lelaki.
Egomu jangan terlalu tinggi.
Takut kelak memakan diri.

Perempuan.
Hatimu mudah ditawan.
Berwaspada selalu kuatkan iman.

Lelaki dan perempuan.
Seperti mana lelaki perlukan perempuan.
Perempuan juga perlukan lelaki.
Hiduplah aman di dunia.
Juga di akhirat nanti.

Entri yang kalau agak so-so nih, tak nak baca pon tak apa eh. Sebab idea tadi macam mencurah. Sekali jemariku menaip tetiba otakku jem kelu tiada memberi signal perkataan untuk ditaip. Apa pon tulisan ini ikhlas dari hati. Bukan niat untuk mendiskriminasi. Bagi aku, lelaki tetap imam, perempuan sebagai makmumnya. Lelaki adalah ketua keluarga juga. Aku doakan anda bahagia selamanya sampai Jannah.

Love. Care.
<3

Thursday, March 17, 2016

LELAKI VS PEREMPUAN (PART 1)

Assalamualaikum. Salam baca entri aku, Hehehe. Alhamdulillah beransur sihat dan kuat. Mulut pun lincah berkata-kata, Baru bersemangat rasanya nak buat rutin harian. Again, say Alhamdulillah =D.

Tadi, aku dapat whatsapp dari colleague minta baca satu post di fb. Aku search and glad that I found that post, And read all the comments *hakikatnya ada jugakla yang skip*. Normal la aku akan baca yang panjang panjang plus yang menarik perhatian ja. Sampai abes semua komen tuh, aku mula berdiskusi dengan colleague aku. Actually that post is about husband and wife. Isteri yg dicurangi suaminya dek kerana dia tak pandai masak, malas buat kerja rumah and seangkatannyalah. Best part is, that wife yang mengaku. Bukanlah orang yang menceritakan kisah mereka. Tapi pengakuan oleh seorang isteri. Pengakuan kenapa suaminya berlaku curang.

Satu yang aku kurang pasti. Sahihkah begitu? Dalam erti kata, is it true yang wife tuh buat pengakuan yang dia pemalas? Which I think, payah kot kita, as manusia biasa nih nak admit salah kita in public. Beb, public kottt ! Tapi bila aku fikir lagi, Hurm, maybe dia dalam penyesalan. Penyesalan yang membawa dia ke arah membuat pengakuan sedemikian rupa. Mungkin. Sahih atau tidak, post iyu menjadi isu. Isu yang pada aku, such a big thing to discuss on.

Lelaki sebagai suami. Perempuan sebagai isteri. Isteri tempatnya di sisi suami, tulang belakang suami. Suami tugasnya membimbing isteri, menjadi ketua dalam famili. Suami mahupun isteri ada peranan masing-masing. Well, semua maklum. Perkahwinan berbeza dengan masa you bercinta dulu. Mana taknya, masa bercinta, tak duduk sekali kan. Boleh ja taw kalau nak menipu, 'I tadi baru lepas masak'. Padahal $%^*( , makan sebenarnya. Tapi, bila dah sebumbung, baru namapak true colors pasangan. Tak pandai masak lah, tak pandai lipat baju lah apa lah. Malu taw.

Entri nih bukan berniat untuk diskriminasi. Cuma pandangan ingin diberi. Lelaki dan perempuan salong melengkapi bukan bersilih ganti. English said, love is when you complete me. You + Me = Complete. If you solely, the result would not be the same. Incomplete dear, incomplete. To me, lelaki dan perempuan especially dalam rumahtangga mesti ada toleransi, sikap memberi dan menerima dan paling penying jujur dan setia. That is the best way to live together eternally. In syaa Allah.

Apa pon, tepuk dada tanya dalam hati, aku dah cukop baik tak? Kalai rasa tak, berubahlah. Masih ada masa. Masih.

AWAK,
Saya akan cuba yang terbaik untuk kita.

^Kita reti masak taw^


Pen off!

Sunday, March 13, 2016

SAKIT ITU KIFARAH DOSA

Waima menampal koolfever di dahiku yang seluas padang bola, wifi yes ku on. Lampu tak menyala. Lalu ku on lappy ku, memang berniat untuk menaip entri tapi sekali lagi malang, tiada juga batery. Lantas ku cas lappy ini dan duduk di birai katil sambil menaip tiap bait kata yang mampu ditaip.

Handphone ku bergegar menandakan ada whatsapp berjuta-juta lemon masuk. Aku cuma baca, dan membalas mana yang perlu. Tidak berdaya untuk aku melagha sebab dirundung ketidaksihatan. Allah, tewas jugak aku. Demam. Antibodi yang kurang kuat buat aku jadi tidak sihat. Tambahan pula, Tok memang dah berhari demam. Jangkitan aku agak.

Pergerakan terbatas. Lenguh-lenguh badan. Hidung yang sentiasa basah dek selsema. Muka memerah panas + jerawat besar di pipi. Ya Allah, sembuhkanlah aku. Kenapa buat aku tak sihat? Kenapa tak kuatkan diri aku? Aku dah sedaya upaya jaga diri. Minum air putih banyak. Mandi yang cukup. Tetapi tetap aku kecundang. Innalillah.

Bukan aku marahkan Allah. Bukan. Tapi aku kecewa. Sedih memandang rumah bukan seperti rumah, meaning, kucar-kacir dek kerana renovation sedang berjalan. Debu + sepah + kotor. Bila tak sihat, maka aku tak mampu cergas menguruskan rumah. Baju tak berlipat, tudung-tudung tak bersusun and lain lain lain lagi.

Allah, ampunkan hambaMu ini. Aku tahu, sakit itu kifarah dosa. Allah, ampunkan dosaku. Terimalah taubatku. Anda-anda, jaga diri yaa. Panas diluar terlalu terik. Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar. Penuh nanti klinik dengan hospital kalau semua pakat-pakat sakit. Kita tak minta sakit tapi kalau dah sakit apa boleh buat. =(

Thanks Khairi, awak singgah lama kat rumah, tunggu saya makan, makan ubat. Thanks bebanyak =).

Mata memberat, bedtime!



Friday, March 11, 2016

MAK JEMAH BE LIKE =P

12.14 am

Cuaca panas sekarang. Siang mahupon malam, panas mengulit diri. Kadang-kadang rasa tak tahan sangat dengan panas nih. Tapi apakan daya, bukan kuasa kita nak melawan takdirNya kan. Ini salah satu ujian dariNya, Bertabahlah. Jaga kesihatan, minum banyak air putih dan jangan malas mandi. Plus, kurangkan aktiviti luar. Kalau tak mahu ditimpa sakit, jaga diri baik-baik *hamboih dah mcm trademark maaanjjaaa kaseeehhh* Serious, aku tak boleh terima iklan tuh. Mata berbulu, kind of annoying la jugak. Heh.

Mukadimah panjangnyaaa kemain. Assalamualaikum pembuka coretan entri. Tak nak cakap, tapi nak cakap jugak. Lama sungguh tak singgah blog update entri baru kan. Malam nih rasa free rasa nak menaip rasa nak bersembang banyak-banyak dalam entri nih. Mohon jangan baca kalau tak suka, boleh klik butang X di atas kanan anda yaaa! Hehehe.

Bercerita pasal life aku sekarang. Biasa jaa. Tak la semenggah orang lain. Busy benda-benda normal ja. Meaning, busy kerja. Well kerja takkan pernah habis, kalau habis, nak buat kerja apa kan. So benda tuh normal lah. Oke sekarang, aku dah boleh sangat-sangat adapt dengan environment dalam office tuh. Memang no big deal. Sporting colleagues, loving sisters, true friends are all in one. They are regarded as families not strangers. Kak Anis, strict yet helpful and sometimes as my advisor. Kak Ina, we are 'partner in crime' auditing koop but she helped me much. Kak Ana, learned much from her, bout work bout life, she's inspired me. Pija, technically helper on report, always be the founder of beauty products. Aina, the closest one to me, kind of big sister for me sometimes, my good ears to lend to. Emelia, is now trying to close the gap, she's new maybe, still finding something to click. Najmi, the thorn among roses, sometimes i learn something from him bout men. Kinah, she's just toooo kind which im not bear to hurt her feeling even without intention, she is soft hearted and suit enough to be isteri mithali soon, in syaa Allah. Laila, wuuu a very independent girl that I've ever met before. They are now my families. Love them all ketat-ketat.

See! Mampu taw aku describe setiap satu colleague aku. Sebab apa, sebab mencurah-curah bait-bait kata daripada kepala otak aku nih. *Bangga sekejap* Bila dah kerja, life tuh memang lah tak sama dengan life masa study or life masa cuti or life masa mengganggur. Lumrah, masa study, nak sangat cepat habis, nak kerja. tapi bila sekarang dah kerja, sebaliknya pulak. Ya, being a student is not burden as being an employee. Meaning to say here, you bekerja, you earn salary, sebab komitmen kan? Masa you study dulu, you cuma study and strive for best cgpa sahaja. Really not the same right. But alam study, alam bekerja semua orang akan tempuh. Manfaatkanlah masa, peluang dan lakukan dengan ikhlas. In syaa Allah, berkat hidup dunia akhirat. Dah jadi ustajah pulak =P. Hahaha.

For me yang akan melangkah ke satu lagi alam nih, belum ready yang sebetulnya. Alam berumahtangga, kadang-kadang aku rasa aku tak ready. Jarang la aku rasa nak ready. Eh! Berpusing-pusing ayat aku. Haha. Mungkin macam lambat lagi, so aku chill dulu lah. Biarkan si Khairi fikir dan buat apa yang sewajarnya. Aku chill dulu untuk few months left nih. Masa bujang yang ada tidak harus dipersia. Marilah manfaatkan ia sebaiknya. Gittew.

Setiap kita akan berkahwin, ingat, kahwin taw. Tuh sunnah Nabi. Berkahwinlah kamu dan bertambahlah umatku. Aku pon lambat nak menamatkan zaman bujang, 27 baru aku menemukan cinta yang betul cinta. Mencintai seseorang yang mencintaiNya. Alhamdulillah, semoga dia menjadi pembimbing hidup aku yang sempurna. Amin. Tapi lambat cepat jodoh tuh rahsia Allah, berdoalah. Sampai masa bertemu jugak jodoh yg ditentukanNya. Again, jadi ustajah tak bertauliah lagi. Kikiki.

Each of us memang akan lalui setiap alam yang berbeza mengikut umur. Bumi berputar pada paksinya. Kita pon bukan semakin muda. Bumi berputar, umur kita bertambah. Sehebat mana pon anda, secantik mana pon anda, setidak matang mana pon anda, pokok pangkalnya, ingat, mati itu pasti. Hahaha. Dah tetiba pulak! Maksud aku, di alam mana pon kita, ingat Allah. Seimbangkan dunia akhirat. Aku bercakap bukan aku nih terlalu akhirati, tapi ini juga pesanan untuk diri. Aku juga kekadang terlupa. Terlalu leka dengan duniawi. Tak apa, in syaa Allah masih ada masa. Kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Even aku sendiri, sedang perlahan-lahan membaiki diri, membaiki solat terutamanya.Sebab? Sebab solat itu tiang agama. Hiduplah kita dengan ada pengisian bukan kosong ditelan dunia kelak tanpa amalan. Kita manusia, bukan lemah cuma kadang-ladang tumpas oleh hasutan. Hasutan makhluk yang bernama syaitan. Biarkan dengan hasutan, mantapkan iman, in syaa Allah aman. Amin. Kuatkanlah iman ku juga.

Kita masuk bab jiwang sikit boleh? Ala boleh la. Sikit ja. Sikit janji tak banyak. To ex boyfriend aku, yang sekarang tunangan aku dan bakal suami kelak. Saya percaya awak boleh jaga saya. Saya percaya awak boleh bahagiakan saya. Saya percaya awak. Dan saya. Saya. Hurm. Saya sayang awak. Tambah lagi. Saya sayang awak kerana Allah. Wallahi. <3

Suka aku malam nih dapat taip entri pepanjang. Sebab dah lama sangat aku tak menjoyah. Even bukan ada siapa pon nak baca blog yg so-so nih tapi aku puas. At least, ada something yang boleh aku luahkan kepada. Bebas di kawasan sendiri. Nampak tak girl power? Kekeke. Aku tak ada cerita utama untuk entri nih, cuma saja menaip mengisi masa yang ada. Mana yang baik boleh diambil pengajaran. Mana yang tak baik, jangan sedut masuk dalam kepala. Rosak nanti dibuatnya.

Marilah kita pen off sebab mata dah mula mengantok tahap gaban. Assalamualaikum!

Friday, January 1, 2016

HAPPY 2016 =P

Assalamualaikum wbt

Tahun baru menjengah, 2016 tika ini. Ya, 1 Jan 2016, Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah masih bernafas di bumi ini untuk melalui pula tahun baru. Selamat tinggal 2015, you will be missed, always. Suka duka 2015, biarkan berlalu. Yg suka kita teruskan, yg duka kita usahakan utk mnjadi lebih baik di tahun ini.

Nampak tak intro macam motivator. Kihkih. Hai semua, selamat tahun baru. Mari sama-sama kita berdoa semoga tahun in lebih baik dari tahun sebelumnya. Well, rajin pulak aku update blog hari nih kan. Azam tahun baru aku, nak rajin-rajin update. Ngehngeh. Wish me luck semua. Even, aku xbnyk followers, tapi aku rasa aku patut manfaatkan apa yg aku minati sebaiknya. Memang hobi aku menulis, membaca, verangan, imaginasi tinggi, so why i must neglect my blog, rite? So guys, feel free to read my blog. Tak suka pon baca jugak, hahaha, paksa pulak kan!

Sembang pasal azam tahun baru aku, banyak jugak azamnya. Tapi entahlah bakal terbuat atau tak. Tapi doa selalu semoga aku buat apa yg aku azamkan laa. Salah satunya, aku nak usaha perbaiki diri utk menjadi seorg muslimah yg solehah. Solat cukup lima waktu plus dgn khusyuk dan tenang. Dalam erti kata lain solat yg diterimaNya. Bukan hanya sekadar solat. Aurat juga terjaga, muslimah berfesyen yg menutup aurat. Itu angan-angan. Bersederhana tapi kaya dgn ibadah terhadapNya. Amin. In syaa Allah aku mampu.

Semua sedia maklum, aku bergelar tunangan org. Ya, tunangan Khairi. In syaa Allah bakal disatukan lepas raya nanti. Tercapai jugak hasrat nak tunggu adik aku baru kami nikah. Thanx Khairi thanx family in laws to be yang memahami. Sayer ada adik dua org jer, kalau dua-dua tak der mmg tak lengkap, tak meriah. Dah kenapa aku cakap keyel tetiba, ngengada. Hahahaha. Apapon, doakan semua berjalan lancar. Dengar mcm lamgat ja lagi kan, raya puasa nanti yakni bulan 7 nanti. Lambat lagi. Tapi hakikat waktu sekarang berjalan amat laju, maka aku harus ready mental and fizikal. Plus, aku nak kumpol duet lagi utk wedding sndiri. Yeay, i ken du it. Hehe. Well bila kita anak sulung, kalau boleh kita mmg tak nak susahkan mak ayah kita, termasuk aku. Walaupon pada realitinya ibu abah kna tolong jugak nanti. Aku kerja baru berapa bulan, need them jugk to help in term of financial. Nt bulan-bulan kakak bayar eh. Hihihi.

Yg atas sembang pasal nak wedding ja, wajib jugak sebenarnya aku bersedia mental dan fizikal utk menyandang jawatan seorg isteri kepadaa seorg suami. Huuhuuu. Itu mcm nebes sikit. Kat mulot ja la, hati aku still merasakan lambat lagi nak jd wife Khairi. Hahaha. Oke, serious. Berat tuh tanggung dan jawab nak jd isteri. Sedia berkhidmat utk suami bila dh nikah nanti. Entah betol entah tak prinsip aku nih. Moga Khairi tergolong dalam golongan org-org yang sabar dalam melayan karenah aku kelak. Amin. Sayang abg! Eh, terbodek di situ. Kikiki.

Okelah guys, aku kena undur diri dulu. Kang aku punya agar-agar tak jadi. Teruk aku kena bebel kang. Oke taking care guys. Love u moah !

Tempek gambo lama. 2015. Zmn study master.

See you when i see you. Kbai !

Thursday, October 29, 2015

ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum

Last date update blog tahun lepas, setahun yang lalu... Lamanya menghilang... Menghilang bersebab, sebok menghabiskan study... Kesibukan melampau ditambah pula dgn kegigihan melampau *melampau la sangat* ... telah berbuah lah hasilnya, akhirnya berjaya menerima segulung sarjana... Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hadiah untuk Ibu Abah. Hadiah untuk family semua. Hadiah jugak untuk tunang tersayang.

Ouh, aku sudah pon disunting dirisik dipinang bulan Mac yang lepas, 21hb 3 2015. Alhamdulillah jugak, selepas 4 tahun bercenta, selamat la diikat dgn tali pertunangan. Langsungnya, tunggu adik pulang ke Malaysia nanti. Tunggguuuu.... hehehe...

Abah Ibu Mak Ayah *tunang tak datang*
Alhamdulillah jugak, aku dah pon bekerja sekarang... baru 4 hari... Dekat ja dengan umah nih haa, senang nak jenguk Tok, jenguk apa memang aku stay dengan Tok pon. Hehehe. Berkat doa family, dapat jugak aku kerja.

In syaa Allah, lepas nih, aku rajin2 update post baru keyh. Boleh la sharing2 info, sharing kisah2 aku yang tak seberapa nih. Selamat hari Khamis malam Jumaat, jangan lupa baca Yaasin + Kahfii...

Jumpa u olls next post keyh =P

Friday, September 5, 2014

OUH MY RESEARCH !

Tik tok tik tok tik tok ... Pukul 1.06 pagi .... 5hb September 2014 ...

Assalamualaikum ...

Ada yang belum tido ka ? Lewat dah, bawa-bawa la diri ke katil ... Tidur kena cukup ... Barulah bertenaga esok hari ... Huwargghh ! Pandai nasihat orang ... Yang aku tak tidur lagi dah kenapa ... huhuhu ...

Hakikatnya aku sedang menelaah artikel ... Kerana dissertation kuh, aku gagahi jua ... Sambil-sambil aku menunggu Khairi contact aku ... Tapi banyak wassup satu pon dia tak reply ... Busy agaknya ... Hurmmm ....

Aku dilanda kantuk yang melampau ... Normal lah aku bila membaca bahan ilmiah ja mata cepat saja nak tutup ... Ce baca novel, tak tidur semalaman pon aku sanggup ... Kihkihkih ... Nampak tak beza kat situ ... Yang lagha, yang membuai perasaan jugak la menarik minat ... Hehehe ...

Tapi aku syukur, tajuk research aku tak la seboring proposal aku semester lepas ... Even aku manage to pass the proposal, aku memang macam dah rasa agak susah nak bawa tajuk proposal tuh untuk research aku ... Alhamdulillah first meeting dengan supervisor (SV) aku, dia tukarkan kepada tajuk yang ringan sikit ... Aku tak cakap senang, tapi kata mudahnya, boleh laaa ...

Bahan pon SV dah bagi, cuma tugas aku membaca dan come out dengan idea untuk flow research aku, what am I goin to investigate, how to investigate, what's the result ... Sekarang nih, aku boleh cakap 15% la aku dah boleh bayang flow research aku ... In syaa Allah, baca sikit lagi ... Mampu kot cerahkan lagi jalan cerita reserach aku ...

Berkisar pasal non-profit organization (NPO), ia sesuatu yang menarik ... Contoh aku boleh bagi macam pusat tahfiz, tuh salah satu organisasi yang tidak menghasilkan apa-apa keuntungan ... It is more to provide service, untuk ajar anak muda celik al-Quran ... So, aku di sini nak mengkaji capacity and capability organisasi untuk tingkatkan rasa kebertanggungjawaban organisasi terhadap penderma, golongan yang menerima, organisasi itu sendiri dan rakan sesama organisasi ... Aku harap u olls faham la apa aku nak sampaikan ini ... Risau aku kalau u olls blurr ...

Ini kan cerita 15%, bila dah upgrade nanti aku cerita lebih details ... Apa pon ... U olls doakan la aku mampu siapkan research aku nih on time ... In syaa Allah aku akan berusaha sedaya upaya aku ... Akan lakukan yang terbaik ...

Sekian la sembang-sembang kosong aku ... Hope u olls tak cemuh ... Tapi idea u olls kalau nak share amat aku hargai ... Amat aku alu-alukan ... =D

Malam bulan di pagar bintang ...
Khairi, where are you ? =(

Monday, September 1, 2014

PETUA TRADISIONAL : UBAT BATUK

Welcoming September ...
Hai ...
Hello ...
Hey ...
Ouh, I love September ... *ada makna tuh*

Hehehe ... Assalamualaikum ...

So guys, tengah buat apa tuh? Kalau tv2 sekarang cerita P Ramlee,  tv3 kungfu hustle ... Channel lain aku kurang mendapatkan kepastian ... Ouh astro mungkin lebih menarik ... Untunglaa u olls ada astro keenn ... Aku cuma mampu mengadap channel 1 2 3 7 8 9 ...  Pon dah jenuh tukar tak tahu nak tengok mana ... Mau ada astro, gaduh guling-guling dengan Tok berebut channel lak nanti ... kikiki ...

Hurm, sementelah Khairi pergi outing Sabahan nuh, entah mana dia pergi jalan-jalan pon aku tak tahu ... Maka aku singgah la menjengah blog sendiri ... Nak share la satu info dengan u olls ... Moga bermanfaat lah ... Kisahnya begini ... *saspen nau*

Dua minggu lepas, aku demam + selsema + batuk + asma ... But until now, batuk aku tak lega-lega ... Sekarang dah kurang banyak la, tapi still batuk jugak lagi ... Dah berbotol-botol ubat batuk aku telan ... Semua sedia maklum tahu yang ubat batuk buat kita mengantok, tapi dah tak ada effect kat aku ... Makna kata, aku telan pon tak la aku tido sepanjang hari even aku overdose ... Hehehe ...

Ada satu hari tuh, family dari Sepang yang nak ke Perlis, singgah rumah ... Beraya lah ... Dengar la aku batuk teruk time tuh ... Tanya la aku nih tak makan ubat ka ... Makan maklong oiii, tapi tak lega jugak ... Maklong aku cakap ... Cuba wat cara nih pulak .... Nak tahu tak ? Oke ... Bahan-bahannya adalah ...
Kicap manis dan limau kasturi ... Tapi kan, aku tak sure yang aku guna nih limau apa ... Sebab sejak azali, aku memang dilanda ke'konfius'an untuk membezakan limau nipis dengan limau kasturi ... So sebaiknya u olls guna limau kasturi oke, bukan limau sunquick mahupon limau bali pulak ... Hahaha ...

Step nak buat ubat batuk tradisional nih, ambil mangkuk, tuang kicap tuh ... Agak-agak u olls nak banyak mana pon ... Lepas tu, u olls perah limau tuh campur dengan kicap tuh ... Sebijik tau limau tuh u olls perah ... U olls kacau lah campuran tuh ... Rasa sikit, bagi balance manis kicap dengan masam limau, jangan terlebih manis, jangan terlebih masam ... Kang tak tahu hala rasa, batuk tak lega-lega ... Hehehe ...

Dah siap ! U olls makan la tiga kali sehari ... In syaa Allah menjadi ... Bismillah dulu sebelum makan ... Mana tau kalau jadi, tak payah susah-susah pergi farmasi beli ubat batuk ... Mahal pon mahal ... Nih cara jimat nih ... Tapi kalau tak menjadi, apa boleh buat ... Kita cuma mampu ikhtiar ... Tapi aku nak sarankan u olls try la ... Tak salah kalau mencuba kenn ... Pon bukan pakai banyak duit ... Aku dah cuba, alhamdulillah kurang ... Kalau aku lebih konsisten makan lagi cepat baik, tapi aku nih memang dasar malas ... Ingat baru makan, tak ingat ... Biar macam tuh ja la ... kikiki ...

Hope petua tradisional nih bagi manfaat bersama ... I share this for our good sake u olls ... I love u olls thiiissssssssss much ... Ngehngehngeh ... =P

Petua apa lagi u olls nak ? Ce cakap ...
I olls akan usahakan mencari petua tradisional yang lain ... =)

Thursday, August 28, 2014

RINDU KHAIRI 500%

Satu ... Dua ... Tiga ... Empat ... Alhamdulillah habis pun ...

Eh, assalamualaikum semua ... hehe ...

Intro entri aku saspen sungguh, hahaha ... Tuh sesi makan ubat, 4 biji kena telan tiap malam ... Aku dah memang sejak azali susah makan ubat, pil kapsul memang masalah, ubat air tekak aku boleh terima lagi ... So tiap malam mengira lah aku menghabiskan 4 biji ubat ... hahahaha ... Ubat apa, nanti aku khabarkan di next entri sebabnya aku nak tengok hasilnya dulu ... Baru makan 4 hari, tak nampak apa-apa hasil ...

Pulau Pinang tiap hari dibasahi hujan, kain baju pon susahla nak kering semenjak dua menjak nih ... Risau mengenangkannya, tapi apa boleh buat, kuasa Tuhan ... Oke lah, chill ... Refer titlle gugurlz boboyz sekalian, itu membawa maksud aku dilanda kerinduan amat ...

Huhuhu ... I wonder, apalah Khairi tengah buat sekarang ... Makan tak lagi ... Tidur lena tak atas kapal yang tengah belayar tuh ... Ouh macam-macam betol aku fikir ... Paling penting, sihat tak dia ... Hope sihat and oke lah semuanya ... Motif aku update entri sebab nih ja ... Kalau rasa nak muntoh, muntoh laa ... Aku tak peduli ... Yang aku tahu, aku rindu, ingat Khairi ... Bila jauh macam nih la jadinya, bila dekat asyik nak bercakar ... Bukan Khairi, aku lah yang suka cari punca ... Macam tak meriah kalau tak bercakar, kehkehkeh ... Ada rasa nak lempang tak ?

Aku menghitung hari, bila Ahad nak tiba ... Sebab Ahad nanti, in syaa Allah aku boleh contact Khairi balik ... Harap macam tuh la ... Inilah cabaran yang kena tempuh bila berpasangan dengan tentera laut ... Bila dia kena pergi belayar, maka terputuslah hubungan buat sementara waktu ... Aku pon mula la sibuk, maksud aku men'sibuk'kan diri sebab kalau aku diam duduk saja, asyik nak ingat dia ... Olololoo, kunun suwit sangat lahh ... Caitt !

Hurm, bila dah sibuk, malam saja aku tidur awal ... Tak ada nya nak tunggu lama-lama lagi dah ... Mata pon sharp pukul 11 malam ja mulalah kuyu, mulut pon menguap ... Tanda suruh tidur laa ... Hehehe ... Dah terlajak 12 minit nih, maka aku tangguhkan entri aku kat sini sahaja lah ... heee ... Akan ada entri yang lebih info later ...

'Abanggg, i miss you ketat2' ......
Pelok bantal bucuk ! Hurm .... =)

Sunday, August 17, 2014

TIMBUL TENGGELAM, TENGGELAM TIMBUL

Alaaa ... Lappy nih tak boleh bluetooth ka ... Ishh, jemm betol ... Wayar USB, alaa kat hall ... Kemalasan nak ambil ... Hurm, takpa lah, laen entri aku update gambo ... Meh aku sok sek sok sek kosong kat entri nih dulu ...

Assalamualaikum ...

Okeh, before aku start bebelan panjang melampau, let me wish all of you, Selamat Hari Raya Aidil Fitri ... Alhamdulillah, berkesempatan lagi tahun nih kita menyambut raya puasa ... =) ... And, tak lupa, aku nak mohon ampun maaf kalau ada readers aku yang rindu la kot lama aku diam dari dunia blog ... *weyh bajet sangat la ada orang baca blog aku nih* ... Takpa la kan, kalau seorang dua pon, tetap readers aku ... kikiki ... Bukan tak ingat, bukan dah boring tapi aku punya masa terhad ... 24 jam sehari tuh terisi dengan macam-macam aktiviti ... Minus 8 jam beradu *yakah 8 jam?* .... hahahaha ...

Tetiba hari nih, aku jadi rindu, rindu nak menaip panjang, rindu nak bebel sorang-sorang ... Maka terlahirlah entri yang tak seberapa nih ... U olls celiklah luas-luas baca entri nih ... Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik mungkin kekurangan aku ... Tak semua manusia sempurna ... Tapi nak berubah menjadi hampir sempurna tak salah ... Ouh oke, aku bagi tazkirah free pulak kan ... hihihi ... Aku nak ja aktif balek berblogging sebab memang minat aku, cuma terpaksa aku abaikan atas alasan yang munasabah ... huhuhu ...

Aku sekarang bercuti semester, maksudnya aku di Pulau Pinang tika ini ... Menghabiskan sisa cuti yang tak lama lagi dah nak habis ... Actually tak la menikmati cuti sangat sebab next sem, which mean last sem hanya ada dissertation (research) ... Aku tak ada class untuk attend lagi sebabnya syukur aku dah clear semua paper untuk dua sem lepas ... Alhamdulillah ... So sekarang memang fokus aku dekat dissertation aku ja, membawa maksud from now on aku dah mula kena start ... Tapi dah nama aku nih, dasar malas, bertangguh jugak sampai aku jumpa lecturer merangkap supervisor aku barula aku giat nak start ... hehehe ...

Bila kat rumah nih, rasa heaven ja, even ada masalah-masalah kecil dalam family, which is a norm kan ... Tapi aku senang selesa bahagia lebih tepat lagi ... Bila dekat dengan orang tersayang, segala keserabutan hilang macam tuh saja ... Alhamdulillah kerana diberikan aku a little family yang cukup kasih sayang ...

Kalau nak sembang pasal raya, tahun nih, rumah aku tak perlu war-war buat open house ... Dari 1st Syawal sampai la hari ini, rumah aku tak putus-putus orang datang ... Kalau kira Khairi saja dah 4x datang beraya ... hahaha ... Beraya ka mengada ka tak tahu laaa ... hohoho ... Dia baca nih, mampos aku kena marah ... kekekeke .... Kata orang, ramai yang datang tuh rezeki ... Apa salahnya, ziarah menziarahi amalan mulia ... Kannn ... =D

Apa pon raya kali nih lebih-lebih bermakna ... Sebabnyaa .... hahaha nanti lah aku sok sek sok sek lagi ... Kita tengok tahun depan raya macam mana pulak ... hihihi ... Oke la u olls, aku macam dah tak ada idea nak menaip sebab perot aku ... Punya laparrr .... Adeii ... Kes tak lunch nih ... Kena bawak diri ke dapur, tengok apa yang mampu dimasak ... Nak keluar, eden maleehhh laaa ...

Got To Go ... =))) Bye ...

Dinner malam nih memang berpiring-piring berpinggan-pingan bermangkuk-mangkuk lah aku makan ... Tambah pulak ada orang belanja ... Ooosemmm! kikiki ... =P

Monday, May 26, 2014

BERKURUN LAMA

Kekalutan melanda diri ... Am in rush ... Weekend lagha, langsung tak berniat nak buat assignment... Bila terjaga pagi nih, baru hegeh-hegeh on lappy ... Sebab baru teringat, nak ke KL hari nih, jemput my sis balik dr Ireland... Adeeeiiii ... Maka bergegas laa aku download annual report, nak kira ratio ... Aisehhmeenn ...

Ouh lupaa ...
Assalamualaikum semua ...

Dah lama tinggal blog aku nih kesepian kesunyian tanpa sebarang updated entry ... Maaf semua ... Even tak dak la siapa pon yang berminat sangat nak baca blog aku nih, tapi still aku rasa ada ja segelintir peminat aku kottt... Hahahaha ... Gelak guling-guling sampai senak limpa dan pankreas ...

Cakap tadi rushing, tapi sempat la pulak aku nih update entry ... Well, bila keinginan menjengah, memang aku akan buat jugak eventhough masa tuh tak mengizinkan ... Padahal ibu pesan dah, 12.30 pm kita gerak naa kakak ... Aku mandi pon belum, pack baju pon tak ... Alamat nak kena bla bla bla la nanti ...

Oke then, banyak sangat aku nak stury mory kat u olls ... Satu-satu tragedi terjadi sepanjang tak berblogging nih ... Yang manis, yang pahit, yang tawar pahit payau semua ada la ... 2nd semester lebih mencabar, lebih menyeronokkan dan lebih luar biasa ... Hehehe ... Semuanya terjadi di 2nd semester ... Akan aku cuba update segala throwback yang ada ... In syaaa Allah yaaa ... =P

So guys, I have to go now ... Packing all my stuff and so on ... Time is tik tok tik tok ...

Till we meet again dearrieeee ... =))

My first reader of this new entry ... Khairi opkos ! *okela daripada tak dak kan* kikikiki ....

Saturday, March 1, 2014

BACK TO SHAH ALAM

Assalam semuaaa... Nak jenguk-jenguk jugakla blog nih yang berkurun tak di update apa-apa entri... So, ramai ka yang tunggu aku... Ouh sory sayang-sayang semua... Aku busy sangat... Mana nak jaga EM... Jaga Tok... Hahaha... *EM tuh aku jaga dari jauh ja ek*...

Welcoming March today, 1st March 2014... Just finish packing... N in an hour... I ll be back to Shah Alam... Continue my 2nd sem masterjiii... On 3rd March, lusa la.... OMG... Mental macam tak ready ja lagi nih... Fizikal pon tak merelakan... Haish!

But... Study tetap kena teruskan... Tak lama ja lagi... Sabar Iylia... Sabar... Huh, no word more... Just wish me luck dedear... Moga lebih berjaya... Aaminn...

Saturday, January 25, 2014

MIDNIGHT AT HOSPITAL

Assalamualaikum...

3.38 am... Berkampung kat hospital tunggu Tok... Tok demam teruk... Tok sekarang kena drip air...

We olls kena tunggu laa kat sini sampai settle semua... Tadi supper capati kat mamak... Sementara nak tunggu tok...

Sekarang pakat mengantok... Mata bengkak-bengkak dah... Huu...

Hope Tok cepat sembuh... Aminn...

Thursday, January 23, 2014

I AM SORRY

Assalamualaikum...

Langit tak selalu cerah... Bila sampai ketika... Mendung menjengah... Lalu awan memuntahkan hujan... Itu hukum alam yang ditentukan oleh Penciptanya...

Hukum itu paling berkait rapat dengan hubungan sesama manusia... Lebih bertepatan kalau diberi contoh dalam aspek percintaan... Tak semestinya manis sentiasa... Kadang-kadang pahit diharungi jua... Itu lumrah alam...

Bukan menulis kerana meminta simpati... Cuma rasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati... Di sebelah pihak yang buat salah... Minta peluang untuk perbetulkan kesalahan... Diberi peluang itu... Tapi dengan hakikat perlu terima apa jua tohmahan... Sebab salah itu sukar nak ditebus... Pihak bersalah perlu sabar... Perlu kuat... Jangan menangis...

Sampai suatu masa... Bila iri terbit dalam hati... Diluahkan... Itu menjadi salah... Iri itu cuma membangkitkan kemarahan... Tiada lagi kata memujuk... Tiada lagi kata merajuk... Diam... Cuma perlu diam... Jangan bersuara... Kerana suara itu akan buatkan marah bertukar benci...

Sabar... Allah sedang menguji...
Selamat malam...

Wednesday, January 22, 2014

AS USUAL

Kus semangaaatt! Bongok betol si keli nih... Macam mana boleh lompat keluar dari bekas hang... Haishh... Nasib aku pakai cermin mata... Kalau tak, mahu aku ingat kain buruk ka apa tadi... Ciss! Macam mana nak buang hajat nak mandi... Gerun betul... Kalau dia lompat lagi nanti? Hishh... *bebudak nih pon,letak tempat lain tak boleh ka*

Assalamualaikum ... And good morning...

Hari ini aku bangun awal... Before Subuh... Sebab Tok demam... Maka aku kena ambil alih la tugas... Suri rumah tak bertangga... Acapkali gelaran tuh diberi... Aku memang banyak habiskan masa kat rumah... So, sesuai sangatla gelaran tuh... Huhu...

Breakfast today... Cekodok + Nasi goreng... Belum nak jemput u olls makan... Dah settle pon... Sadakallahulazim dah... Hehe... Bangga bila semua makan... Tok cakap... Abah mesti makan bila anak-anak dia yang masak... Bangga anak dia boleh masak... *kembang semangkuk*... kikiki...

Kalau EM yang puji... Bukan semangkuk kembang aku... Setalam pon belum tentu... hahaha