Friday, January 1, 2016

HAPPY 2016 =P

Assalamualaikum wbt

Tahun baru menjengah, 2016 tika ini. Ya, 1 Jan 2016, Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah masih bernafas di bumi ini untuk melalui pula tahun baru. Selamat tinggal 2015, you will be missed, always. Suka duka 2015, biarkan berlalu. Yg suka kita teruskan, yg duka kita usahakan utk mnjadi lebih baik di tahun ini.

Nampak tak intro macam motivator. Kihkih. Hai semua, selamat tahun baru. Mari sama-sama kita berdoa semoga tahun in lebih baik dari tahun sebelumnya. Well, rajin pulak aku update blog hari nih kan. Azam tahun baru aku, nak rajin-rajin update. Ngehngeh. Wish me luck semua. Even, aku xbnyk followers, tapi aku rasa aku patut manfaatkan apa yg aku minati sebaiknya. Memang hobi aku menulis, membaca, verangan, imaginasi tinggi, so why i must neglect my blog, rite? So guys, feel free to read my blog. Tak suka pon baca jugak, hahaha, paksa pulak kan!

Sembang pasal azam tahun baru aku, banyak jugak azamnya. Tapi entahlah bakal terbuat atau tak. Tapi doa selalu semoga aku buat apa yg aku azamkan laa. Salah satunya, aku nak usaha perbaiki diri utk menjadi seorg muslimah yg solehah. Solat cukup lima waktu plus dgn khusyuk dan tenang. Dalam erti kata lain solat yg diterimaNya. Bukan hanya sekadar solat. Aurat juga terjaga, muslimah berfesyen yg menutup aurat. Itu angan-angan. Bersederhana tapi kaya dgn ibadah terhadapNya. Amin. In syaa Allah aku mampu.

Semua sedia maklum, aku bergelar tunangan org. Ya, tunangan Khairi. In syaa Allah bakal disatukan lepas raya nanti. Tercapai jugak hasrat nak tunggu adik aku baru kami nikah. Thanx Khairi thanx family in laws to be yang memahami. Sayer ada adik dua org jer, kalau dua-dua tak der mmg tak lengkap, tak meriah. Dah kenapa aku cakap keyel tetiba, ngengada. Hahahaha. Apapon, doakan semua berjalan lancar. Dengar mcm lamgat ja lagi kan, raya puasa nanti yakni bulan 7 nanti. Lambat lagi. Tapi hakikat waktu sekarang berjalan amat laju, maka aku harus ready mental and fizikal. Plus, aku nak kumpol duet lagi utk wedding sndiri. Yeay, i ken du it. Hehe. Well bila kita anak sulung, kalau boleh kita mmg tak nak susahkan mak ayah kita, termasuk aku. Walaupon pada realitinya ibu abah kna tolong jugak nanti. Aku kerja baru berapa bulan, need them jugk to help in term of financial. Nt bulan-bulan kakak bayar eh. Hihihi.

Yg atas sembang pasal nak wedding ja, wajib jugak sebenarnya aku bersedia mental dan fizikal utk menyandang jawatan seorg isteri kepadaa seorg suami. Huuhuuu. Itu mcm nebes sikit. Kat mulot ja la, hati aku still merasakan lambat lagi nak jd wife Khairi. Hahaha. Oke, serious. Berat tuh tanggung dan jawab nak jd isteri. Sedia berkhidmat utk suami bila dh nikah nanti. Entah betol entah tak prinsip aku nih. Moga Khairi tergolong dalam golongan org-org yang sabar dalam melayan karenah aku kelak. Amin. Sayang abg! Eh, terbodek di situ. Kikiki.

Okelah guys, aku kena undur diri dulu. Kang aku punya agar-agar tak jadi. Teruk aku kena bebel kang. Oke taking care guys. Love u moah !

Tempek gambo lama. 2015. Zmn study master.

See you when i see you. Kbai !